Oleh : Puan Suriati Ismail (Pegawai Umedia UPSI)
UPSI, 28 Oktober 2021 – Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) menganjurkan Taklimat Kerjasama Strategik Bersama KPT kepada kakitangannya bagi memberi pendedahan dan pengetahuan untuk mengembangkan menjalin kerjasama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi.
Sesi taklimat yang dijalankan secara bersemuka serta secara atas talian melibatkan tiga kakitangan pentadbiran dan 13 orang felo UKLK itu disampaikan oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat (BKK), Prof. Madya Dr. Mohd Izwan Shahril.
Langkah proaktif cetusan Pengetuanya, Prof Madya Ts. Dr Che Ghani itu dilaksanakan bagi memberi motivasi kepada warga UKLK bagi mencapai Aspirasi Naib Canselor dan juga Pelan Strategik Universiti disamping dapat memberikan pendedahan kepada UKLK untuk lebih maju kehadapan.
Dalam taklimat tersebut Profesor Madya Dr. Mohd Izwan berkongsi pengalaman dan kejayaan beliau semasa beliau mentadbir Pusat Alumni yang mana beliau Berjaya membawa Pusat Alumni UPSI sebagai Pakar Rujuk Alumni IPTA di Malaysia dan cara beliau berkerja sama dengan pihak KPT.