• Oleh: Prof Madya Dr Ghazali Din & Muhammad Firdaus (Pelajar Praktikal Bahagian Koporasi korporat)

Tanjung Malim 1 November – Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof Madya Dr. Norkhalid Salimin dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkuatkuasa pada 1 November 2021 sehingga 31 Oktober 2024.

         Norkhalid adalah alumni UPSI yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Sains Sukan)  pada tahun 2000, Ijazah Sarjana Pendidikan Sains Sukan pada tahun 2005 seterusnya memperolehi  Ijazah Doktor Falsafah di dalam bidang Pendidikan Sains Sukan  pada tahun 2012.

         Beliau telah banyak menyumbangkan kepakarannya di dalam bidang Sains Sukan serta berjaya menerbitkan 165 bahan berkaitan buku, laporan, modul, prosiding, monograf, dan artikel jurnal.

         Sebelum berkhidmat bersama UPSI, Dr Norkhalid berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tarikh 1 Januari 1994 sehingga 30 April 2000.

Prof Madya Dr. Norkhalid Salimin

Beliau telah dilantik menjadi  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di bawah agensi yang sama pada tahun 2000 sehingga 2007.

         Beliau kemudiannya memulakan kerjaya sebagai seorang Pensyarah Akademik di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dibawah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak pada tahun 2008 sehingga 2012 dan seterusnya menjadi pensyarah di UPSI pada tahun 2012 sehingga ke hari ini.

         Berikutan memaparkan nilai kredibiliti yang tinggi, Norkhalid pernah dipilih menjawat jawatan Timbalan Pengarah pada tahun 2014 sehingga 2016 dan Timbalan Pengarah 3 selama setahun di Unit Perundingan dan Geran Luar, UPSI.

Beliau turut dilantik sebagai Timbalan Pengarah 3 di Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, UPSI, dari tahun 2016 sehingga 2017 dan seterusnya dilantik sebagai pengarah di Pusat Transformasi Komuniti Universiti, UPSI, pada tahun 2018 sehingga tahun 2022. Di peringkat antarabangsa pula, beliau telah terpilih untuk menjadi ahli kepada sebuah organisasi komuniti penyelidikan antarabangsa iaitu Teaching and Education Research Association (TERA) dari tahun 2020 sehingga 2030.

Organisasi berkenaan merupakan komuniti penyelidik, pengamal, pelajar dan pendidik antarabangsa yang bertujuan untuk pembangunan serta penyebaran idea dalam bidang pengajaran dan pendidikan.

       Norkhalid yang aktif dalam aktiviti kesukarelawanan dan projek kemasyarakatan menggerakkan bantuan untuk membantu mangsa banjir dan program pendidikan komuniti orang asli berharap  mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas pelantikan berkenaan.

     “InSya-Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini bagi meneruskan kecemerlangan UPSI berasaskan 2A iaitu Akhlak dan Akademik demi menjadi pelajar UPSI yangg holistik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,”  katanya.

   Beliau berkata  dengan pelantikan itu ia menjadi satu platform menggabung dan mengeratkan hubungan empat  era alumni iaitu Sultan Idris Training College(SITC), Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Institut Perguruan Sultan Idris( IPSI) serta  UPSI yang unik sempena sambutan 100 tahun pada tahun ini hingga 29 November 2022. 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)