KUALA LUMPUR – Sebanyak 88 peratus guru Tabika Perpaduan kini memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak sama ada daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atau Open University Malaysia (OUM).

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak telah dijadikan sebagai syarat minimum perlu dimiliki oleh guru Tabika Perpaduan.

“Kita mengambil berat soal kualiti dan kepakaran tenaga pengajar. Kita mahu pastikan semua guru ini mempunyai kelayakan minimum Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Ini kelayakan wajib paling minimum.

“Sehingga Disember 2021 seramai 1,574 orang iaitu 88 peratus daripada seramai 1,781 guru memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Muhammad Zahid Md. Arip mengenai usaha Kementerian Perpaduan Negara untuk memantapkan profesionalisme guru Tabika Perpaduan.

– KOSMO! ONLINE https://www.kosmo.com.my/

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)