oleh: Errena Laidin (UKLK)


TANJONG MALIM, 22 MEI 2022 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini telahmenganjurkan satu program bertajuk “Excel Your InterviewwithSPP(Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)”.

Program ini merupakananjuranExco Akademik dan Pembangunan Mahasiswa, Majlis Mahasiswa KediamanLuar Kampus dan ianya lebih istimewa dengan kerjasama daripada Pusat
Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Universiti Malaysia (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini telah berlangsung secara dalam talian menggunakan platformStreamYarddan bersiaran langsung di laman rasmi Facebook Unit KediamanLuarKampus- UKLK, UPSI.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakan daripadasemua pihak dengan penyertaan seramai 461 orang peserta yang menontonsiaran langsung di laman Facebook UKLK, UPSI sepanjang 3 jamprogramberlangsung. Manakala melalui statistik daripada siaran langsung di Facebook, program ini mencapai sejumlah 3757 people reacheddanmencatatkan sebanyak 2044 likes, comments and shares.

“Penganjuran program “Excel Your Interview With SPP (SuruhanjayaPerkhidmatan Pendidikan)” ini diyakini dapat meningkatkan kemahirantemuduga yang secara tidak langsungnya dapat menambahkannilai
kebolehpasaran diri menggunakan ilmu yang telah dikongsikan pada masaakan datang” jelas Dr. Sharul Effendy Bin Janudin , PengarahPusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) ketikamerasmikan Program “Excel Your Interview With SPP (SuruhanjayaPerkhidmatan Pendidikan)” pada 22 Mei 2022 semasa siaran langsung di facebook UKLK.
Program ini telah menampilkan dua orang panel yang sangat hebat dalam persiapan mahasiswa bagi menghadiri temuduga denganSuruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan iaitu Encik Fadli Ahmad BinIsmail, Setiausaha Bahagian Pengambilan Suruhanjaya Perkidmatan Pendidikan(SPP).

Beliau telah berkongsi berkaitan kriteria-kriteria serta aspekpenilaian yang perlu dititikberatkan semasa sesi temuduga. Dalamperkongsian beliau, kriteria-kriteria yang perlu dititikberatkan semasa sesi temuduga seperti keupayaan berfikir, professionalisme keguruan, kemahiran berkomunikasi, pengetahuan am/ isu semasa, penampilan diri dan kegiatan kokurikulum calon.

Program diteruskan lagi dengan perkongsian mengenai kemahiranberfikir dan komunikasi yang telah disampaikan oleh Dr. Siti ShuhaidaBinti Shukor, Penyelaras Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasadanpensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Dalam perkongsian yang telahdiberikan, beliau begitu menitikberatkan supaya calon menguasai kemahiran befikir dan berkomunikasi.

Menurut beliau, terdapat 3 cara yang boleh dilakukan untuk memantapkan sesi temuduga tersebut iaitujawapanyang diberikan mestilah ringkas dan releven, berstruktur mengikut aliranlogik serta kebolehan dalam menyelesaikan masalah .

Tuntasnya, program “Excel Your Interview with SPP (SuruhanjayaPerkhidmatan Pendidikan)” ini secara tidak langsung telah memberikanpengetahuan kepada mahasiswa tentang cara mengendalikanfasatemuduga serta mendedahkan kriteria-kriteria yang diingini olehpenemuduga bagi melayakkan calon untuk diserap masuk ke dalam perkerjaan khususnya perguruan. Semoga segala perkongsian para panel dapat dimanfaatkan sebaik mungkin serta dapat digunakandalampersediaan menghadapi temuduga pada masa akan datang.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my