oleh: Mohd Nazirul Afiq Ismail

foto: Fisol Ahmad

Tanjung Malim, 2 Jun 2022 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  menjalinkan kerjasama dengan Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) untuk mmperluaskan perkongsian kepakaran pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) antara kedua-dua buah institusi di Alor Setar semalam.

        Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Suriani Abu Bakar yang mewakili UPSI, kerjasama tersebut bakal melihat perkongsian idea dan inovasi melalui penglibatan dalam program berkaitan pembangunan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)  di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), UPSI.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Suriani Abu Bakar

        “Sebagai peneraju universiti pendidikan, UPSI sentiasa komited membawa perubahan dalam pendidikan dengan menyebarkan ilmu melalui pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, rundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks kecemerlangan pembangunan modal insan di peringkat tempatan dan antarabangsa,” jelasnya selepas menandatangani perjanjian persefahaman di Kampus Lingkungan Ilmu Sharifah Rokiah, AIU, Alor Setar.

        Sementara itu, Naib Canselor AIU, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abd. Aziz Tajuddin turut mengalu-alukan kerjasama dengan UPSI dan menyifatkan peluang untuk berkongsi pengalaman seterusnya melestarikan perkembangan pendidikan negara yang lebih mapan.

Naib Canselor AIU, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abd. Aziz Tajuddin

        “Demi meneraju sinergi pendidikan tanahair yang lebih baik, pusat pengajian perlulah berganding bahu bekerja seiring, bukannya bersaing antara satu sama lain. Dengan kerjasama yang terjalin ini sekaligus dapat membantu negara ke arah masa depan pendidikan yang lebih baik,” jelasnya.

Prof Dr Suriani (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Abd Aziz (dua dari kiri) di Kampus Lingkungan Ilmu Sharifah Rokiah, AIU di Alor Setar, Kedah.

Turut diterbitkan di: UtusanTV

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)