oleh: Muhammad Rais Mohd Nor (Jabatan Bendahari UPSI)
Sebagai menyahut seruan Kerajaan yang sentiasa prihatin dan cakna terhadap kebajikan pelajar, UPSI telah mengambil inisiatif dengan menawarkan Syarikat Capecafe Resources untuk menjalankan perniagaan kafeteria di UPSI bagi tujuan untuk membantu pelajar dan golongan yang tidak berkemampuan menikmati hidangan dengan harga serendah RM1.70.

Usaha UPSI ini juga bertepatan dengan kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa prihatin dan cakna terhadap kebajikan pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran sepanjang pengajian mereka berjalan dengan lancar dan KPT komited membantu mengatasi kos kenaikan sara hidup pelajar di IPT.
Menurut Bendahari UPSI, Hj. Mohamad Najib bin Mohamed, “Inisiatif ini juga selaras usaha Kementerian untuk memperkasakan Food Basket Siswa Keluarga Malaysia yang telah dilancarkan sebagai inisiatif tambahan dengan menawarkan menu makanan berkualiti dengan harga siling RM3.50 per hidangan”.



Beliau menambah lagi, “bagi membantu khususnya pelajar UPSI, umumnya penduduk sekitar Tanjong Malim mendapatkan perbelanjaan makanan lazat dengan harga yang mampu milik, Syarikat Capecafe Resources menawarkan konsep jualan makanan dengan harga RM1.70 bagi setiap hidangan meliputi pelbagai pilihan menu seperti set nasi putih, set nasi minyak, tomyam, sup, western, manisan serta minuman”.
Perkara ini juga mendapat perhatian kontigen sukan IPT Malaysia sempena program Sukan Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2022 (SUKIPT) yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris bermula 12 hingga 21 Ogos 2022. Penawaran harga serendah RM1.70 ini ada sesuatu yang amat menakjubkan dalam situasi kenaikan harga barang semasa, Cape Café masih boleh menawarkan harga yang sangat rendah serta dapat memberi peluang semua lapisan masyarat menikmati hidangan yang menarik.
Penawaran daripada pihak UPSI juga agar dapat menambah cawangan Capecafe terutamanya di dalam kawasan Universiti dengan mengekalkan harga jualan RM1.70 serta turut menyokong pelaksanaan KPT untuk sentiasa komited dalam menjaga kebajikan mahasiswa di seluruh negara ini selari dengan aspirasi kerajaan hari ini yang prihatin serta komited membantu Keluarga Malaysia dalam saat yang mencabar ini.
juga diterbitkan di media: Suara Merdeka, Malaysia Gazette, Astro Awani