oleh: Profesor Madya Dr. Abdul Halim Masnan

Pada 24 Ogos 2022, Profesor Ts. Dr. Suriani Abu Bakar Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPSI telah berjaya memulakan langkah kanan dengan mewakili NCDRC melalui usahasama perjanjian Surat Tunjuk Niat (LOI) bersama Burgas Free University, Bulgaria dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK). Beliau pada ketika ini sedang mengadakan  lawatan kerja di Bisness School University of Oxford selama 10 hari, menggalas misi penting untuk menjadikan UPSI sebagai Universiti No.1 Pendidikan bukan hanya di Malaysia, tetapi di bumi Eropah.  

Berdasarkan keperluan untuk memperkasakan Pendidikan Awal Kanak-kanak di kedua-dua buah negara, satu kerjasama perlu diwujudkan bagi mempertingkatkan kepakaran dalam dalam bidang ini. Melalui perjanjian usahasama yang termetri, kedua-dua universiti bakal menerajui dari segi kepakaran penyelidikan melalui geran penyelidikan dan perundingan dalam bidang PAKK.

NDCRC juga berperanan sebagai pusat penyelidikan, pembangunan pengajaran dan pengeluaran produk kanak-kanak dengan melibatkan kerjasama antarabangsa dengan Burgas Free University, Bulgaria ini.

Kerjasama ini juga diharapkan bukan sahaja dapat mewujudkan pusat kecemerlangan di kedua-dua buah negara, bahkan dapat membuka jalan dengan melibatkan program mobiliti pendidik dan pelajar.

Diharapkan dengan kerjasama melalui penyelidikan, penerbitan, program pertukaran pelajar, pertukaran pengajaran dan sebagainya dapat meningkatkan lagi kedudukan (ranking) UPSI di persada antarabangsa. Selain itu, peranan NCDRC dapat dipertingkatkan melalui potensi untuk membina Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak di bumi Eropah satu hari nanti

juga diterbitkan di: Suara Merdeka

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)