oleh: Dr. Nurzaimah Asalal (Fakulti Sains Kemanusiaan)

foto: Nurul Hasniza Mohd Rashid

Dewan Kolej Zaba – Team Kesukarelawanan Fakulti Sains Kemanusiaan ditubuhkan bagi menyediakan satu pasukan yang boleh bersedia untuk melaksanakan kerja-kerja sukarelawan mengikut keperluan.

Melalui Mesyuarat Pengurusan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) Kali ke 111 Bil 3/2022 yang telah diadakan pada 30 Jun 2022 telah meluluskan penubuhan Team Kesukarelawanan Fakulti Sains Kemanusiaan yang kini dikenali sebagai ’Volunteers Fakulti Sains Kemanusiaan For You (V-FSK4U)’.


Team ini adalah terdiri daripada pensyarah dan pelajar dari Jabatan Pengajian Malaysia, Jabatan Sejarah, Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter, Jabatan Geografi dan Persekitaran,
Jabatan Pengajian Islam dan Jabatan Pengajian Tahfiz Al-Quran Dan Qiraat di Fakulti Sains Kemanusiaan.

Secara keseluruhannya, seramai 18 orang pensyarah dan 65 orang pelajar yang menyertai sebagai ahli V-FSK4U. Kekuatan anggota sukarelawan ini akan menaikkan lagi nama UPSI sebagai salah satu Universiti yang cakna dengan komuniti setempat.

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff, UPSI adalah satu-satunya universiti yang mempunyai team tersendiri untuk digerakkan ketika berlaku bencana.

Oleh itu, Beliau berharap dengan adanya pasukan V-FSK4U, aktiviti kesukarelawanan bukan sahaja memfokuskan kepada aktiviti pembersihan semata-mata, sebaliknya mahasiswa perlu turun lapangan bersama-sama komuniti dan melaksanakan pelbagai program bersama komuniti.

“Kesukarelawanan takkan berjaya tanpa hati, tanpa keinginan, tanpa pengorbanan, tanpa keikhlasan dan sesungguhnya Allah menjadikan kita dengan penuh kesukarelawanan, kita dilahirkan secara sukarela oleh ibu dan ayah kita kemudiaannya dididik, dibimbing, dipupuk diasuh secara sukarela oleh mereka. Dan ingatlah bagaimana mereka mendidik kalian hingga kalian berada di universiti bersejarah”.

Demikian kata-kata Naib Canselor yang amat bermakna buat semua ahli pasukan V-FSK4U agar memulakan langkah sebagai sukarelawan yang bermula dengan keinginan diri sendiri.

Pasukan V-FSK4U adalah dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan, Prof. Madya Ts. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa dan seterusnya Dr. Nurzaimah Asalal selaku Penyelaras pasukan V-FSK4U
yang turut bertanggungjawab merencana program-program kesukarelawanan yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun.

Antara program-program yang bakal dilaksanakan oleh pasukan V-FSK4U adalah Bantuan Beg Bencana, Program Kasihku Kasihmu Juga, Program alam sekitar kerjasama SDG UPSI, Kem Kepimpinan Kesukarelawanan kerjasama dengan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan Program Tindakan Bencana iaitu program yang menyediakan ahli V-FSK4U sentiasa bersedia apabila berlaku bencana.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Norkhalid Salimin dan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Nafiah. “Adik-adik ingatlah dunia kini telah berubah, kita diancam dengan tingkah laku, dengan perasaan yang terlalu ingin meminta-minta, kurang kepada kita untuk memberi, kurang kepada kita untuk menerima, “Sehubungan itu, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Kalsum dan semua adik-adik yang ada, kerana kalian berada di sini untuk membuktikan bahawa aku akan mewakafkan diriku bukan hanya untuk universitiku tetapi untuk masyarakatku, untuk negaraku dan untuk agamaku,”.

Prof. Dato Dr. Md Amin Md Taff dalam kenyataanya turut memaklumkan, pihaknya akan terus menyokong fakulti dalam setiap program kesukarelawanan.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)