Program Creating Interfaith Activist (CIA2) anjuran Unity Global Network dengan kerjasama Pusat Ulul Albab, UPSI telah berlangsung selama tiga hari, 11 hingga 13 November 2022 di Unity Global Network, Plaza Pekeliling, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan melahirkan pendakwah kontemporari yang mampu menyampaikan mesej-mesej Islam secara berhikmah dan menjawab soalan-soalan lazim terhadap Islam.

Dalam kursus CIA2 ini, peserta didedahkan dengan kaedah menjawab persoalan terhadap Islam kepada non-Muslim secara mudah dan sistematik. Peserta juga berpeluang untuk membuat lawatan ke Kuil Sri Thirumurugan Alaya Paribalana Sabai dan St. Joseph Church,Kuala Lumpur untuk mengenali dan
memahami kepercayaan satu sama lain.

Melalui program seperti ini, pelajar dapat merasai pengalaman baharu dan berbeza dalam sesi soal jawab apabila dapat membina hubungan dan pendedahan kepercayaan agama lain untuk saling memahami antara satu sama lain.

Peserta berada di Kuil Sri Thirumurugan

Menurut Penasihat Kelab Sahabat Ulul Albab, Puan Nor Hayati Aziz, program seperti ini wajar dianjurkan lagi pada masa akan datang supaya kita sama-sama dapat berinteraksi secara harmoni antara satu sama lain sesuai dengan konteks Malaysia sebagai negara majmuk yang berbilang kaum. Melalui program ini juga kita dapat sampaikan mesej-mesej Islam dengan hikmah dan harmoni.

Slot CIA ini telah dikendalikan oleh Bro Shah Kirit dan dibantu oleh beberapa orang protege beliau iaitu Bro Danieal Ezral & Bro Hafizi Radzi. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada St Josepth Church & Kuil Thirumurugan Alaya Paribalana Sabai kerana menyambut kami dengan sangat baik.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)