oleh:  Haazim Abu Bakar (Exco Kerohanian KeSUA)

TANJUNG MALIM, Sabtu – 26 November 2022 berlangsungnya kelas tajwid minggu pertama dengan tajuk “Pengenalan Ilmu Tajwid”. Program ini dilaksanakan secara bersemuka bertempat di Surau An-
Nur yang terletak di Kampus Sultan Abdul Jalil (KSAJ) Upsi. Kelas Tajwid pada malam tersebut melibatkan penglibatan peserta dari kalangan ahli Kelab Sahabat Ulul Albab dan mahasiswa/wi UPSI.

Kelas Tajwid ini mempamerkan tenaga pengajar Kelas tajwid yang diambil dalam kalangan pelajar
Tahfiz Qiraat Upsi. Fokus utama dalam pelaksanaan kelas tajwid ini adalah untuk mendedahkan
kepentingan membaca Al-Quran secara bertajwid dan dapat memperbetulkan sebutan setiap huruf
dalam Al-Quran. Kelas tajwid ini adalah inisiatif untuk menerapkan Elemen Quranik.

Kelas tajwid ini merupakan program yang berkala dan akan terus berlangsung pada setiap 2 minggu sekali dengan hari dan masa yang sama iaitu hari Sabtu. Bagi minggu pertama, kelas tajwid ini berlangsung dengan lancar. Seramai 62 orang tercatat untuk menghadiri kelas tajwid siri pertama. Bukan sahaja ahli Kelab Sahabat Ulul Albab sahaja, malahan mahasiswa/mahasiswi UPSI juga berminat ingin menghadirkan diri ke kelas tajwid ini.

Menurut peserta, program yang dijalankan ini pengisian yang diberikan oleh panel sangat baik, berkesan, dan banyak memberikan manfaat bagi mereka. Oleh itu, harapan agar ahli Kelab Sahabat Ulul Albab terus istiqamah dalam menuntut ilmu tajwid ini. Digalakkan juga buat semua warga UPSI untuk melibatkan diri dalam kelas tajwid ini dan sentiasa memanfaatkan ilmu yang ada buat diri dan masyarakat.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)