oleh: Muhammad Zafir Mohd Saman (Pusat Alumni UPSI)

Tanjong Malim – Pusat Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah meraikan tiga orang graduan pemegang Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby, Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Dato Seri Sidek Saniff dan Anugerah Khas Dr. Ishak Johari.

Penganugerahan ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai kejayaan graduan yang telah bergiat aktif dalam bidang kesukarelawanan, kepimpinan, inovasi dalam pendidikan dan mempunyai sahsiah yang cemerlang serta boleh disifatkan sebagai mahasiswa yang mempunyai kebolehan luar biasa.

Anis Adila Amlaki bergambar bersama Naib Canselor,
Pengarah Pusat Alumni dan TNC HEPA
Nur Rusyda Izzati bergambar bersama LPU, Naib Canselor,
Pengarah Pusat Alumni dan TNC HEPA
Amizatul Najeha bergambar bersama LPU, Naib Canselor,
Pengarah Pusat Alumni dan TNC HEPA

Majlis penyerahan pemegang anugerah Khas Alumni ini, dihadiri sendiri oleh Prof. Dato Dr. Md Amin Md Taff (Naib Canselor UPSI), Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin (Timbalan Naib Canselor UPSI), Dr Siti Hartini Azmi (Pengarah Pusat Alumni), Dato Seri Hj Ahmad Burak (Presiden Alumni Suluh Budiman) dan beberapa Alumni yang dijemput ke Majlis ini.

Prof. Dato Dr. Md Amin Md Taff dalam ucapannya, menasihati kepada ketiga tiga penerima anugerah sentiasa kenang akan jasa ibu dan ayah mereka.

Selain itu, beliau turut menasihati penerima anugerah agar terus melakar kejayaan demi kejayaan agar nama UPSI terus mekar membanggakan. Majlis anugerah ini juga diserikan dengan kehadiran sendiri Dato Seri Sidek Saniff (Mantan Menteri Kanan Singapura merangkap Alumni SITC).

Anis Adila Amlaki merupakan penerima anugerah kecemerlangan pendidikan Dato Seri Sidek Saniff, Amizatul Najeha Lukmanulhakim penerima anugerah khas kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby dan Nur Rusyda Izzati Azizi penerima Anugerah Khas Dr Ishak Johari.

Kesemua mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1000 berserta sejambak bunga. Anis Adila Amlaki merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi , Amizatul Najeha Lukmanulhakim pula Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian dan Nur Rusyda Izzati Azizi adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian juga.

Ketiga tiga mereka mendapat sokongan penuh daripada Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan Dekan Fakulti masing masing untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Doktor Falsafah dan kembali berbakti di Ibu Kandung Suluh Budiman suatu hari nanti.

Diharapkan melalui Majlis Penyampaian Anugerah Khas Alumni ini, memberikan inspirasi kepada bakal graduan sekaligus menjadi titi kejayaan yang lebih gemilang kepada pemegang anugerah pada masa hadapan. Kejayaan tidak akan hadir tanpa usaha yang gigih.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)