oleh: Nur Eka Haireana Sam (UKLK)

Tanjong Malim, 24 November – Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) buat julung-julung kalinya menganjurkan Program Off-Campus Festival 2022 di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Festival yang berlangsung selama 4 hari bermula 24 hingga 27 November 2022 itu menyaksikan pelbagai aktiviti menarik melibatkan penyertaan warga UPSI serta mendapat penyertaan warga Muallim dan komuniti setempat.

Gimik majlis perasmian telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Professor
Professor Dr. Norkhalid Bin Salimin bersama pengetua-pengetua kolej
kediaman, felo-felo penasihat UKLK dan Yang Di-Pertua MMKLK.

Antara aktiviti yang mendapat tumpuan seperti UPSI Glow Run, Pertandingan Speak with Confident, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Nasyid Inter-UPSI, Bengkel Anyaman Bakul, Bengkel Batik Tie-dye,
rawatan kecantikan pedicure dan banyak lagi.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Profesor Dr. Norkhalid Salimin, buat julung-julung kalinya festival ini dianjurkan secara bersemuka selepas masalah pandemik covid-19 membelenggu seluruh negara dua tahun lepas.

Bengkel batik tie & dye dijalankan dengan sangat baik dengan kehadiran
tenaga pengajar bertauliah dari Fakulti Seni, Komputeran dan Industri
Kreatif.

“Saya harap para mahasiswa merebut peluang sehabis baik mengikuti aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk mendapatkan pengalaman dan pendedahan sebagai tonggak untuk mempertingkatkan kemenjadian diri,” jelasnya ketika majlis perasmian pada 24 November 2022.

Norkhalid turut memberi ucapan tahniah pada bahagian pentadbiran, barisan felo penasihat, serta Majlis Mahasiswa Kolej Kediaman Luar Kampus (MMKLK) kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan program tersebut.

Selain dapat mempelajari cara menganyam bakul, hasil anyaman yang
telah siap diberikan secara percuma kepada peserta
.
Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan rawatan
pedicure dengan harga yang sangat berpatutan.
Kehadiran penyanyi Salma Azis menghangatkan suasana majlis
penutupan OC FEST 2022.

Pelbagai rangkaian gerai-gerai jualan seperti makanan, pakaian dan barangan dagangan juga telah menarik turut memeriahkan festival ini bagi memberi peluang kepada komuniti luar dan juga mahasiswa UPSI untuk berniaga dan menambah sumber pendapatan.

Salah seorang peserta reruai, Noridayu Yasin, dari Slim River, Perak, 19, yang berniaga kuih karipap ketika ditemui teruja dapat menjual barangan juadah kepada pelanggan festival seperti ini di UPSI.

“Pandemik COVID-19 telah memberi penangan yang sangat besar kepada kami para penjaja kecil. Justeru bila ada peluang dapat turut serta berjaja di Off Campus Festival 2022 sekaligus membantu kami mengumpul kembali pendapatan yang terjejas selama dua tahun di samping dapat memperkenal produk kami kepada para pelanggan dalam kalangan mahasiswa UPSI dan komuniti luar,” jelasnya.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my