oleh: Sofea Maisarah Shuib (Kolej Ungku Omar)


Perayaan Tahun Baru Cina adalah suatu yang tidak asing bagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Bagi mereka yang bergelar mahasiswa pula, sudah tentu rasa tidak sabar untuk kembali ke pangkuan keluarga berkobar-kobar apatah lagi bila perayaan tersebut semakin tiba.

Bagi menyemarakkan semangat dan mendedahkan lagi pengetahuan tentang perayaan Tahun Baru Cina, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar, telah menganjurkan program Countdown To CNY di perkarangan kafe Kolej Ungku Omar.

Menurut Exco Perpaduan dan Integrasi, Shahril Shazwan, program ini bukan saja memberi peluang kepada para pelajar yang berbangsa Tionghua yang tidak dapat pulang ke kampung halaman meraikan tahun baru di kampus, sebaliknya dapat memupuk para pelajar sikap prihatin terhadap perbezaan sosial yang merentasi perbezaan budaya.” katanya.

Mengambil semangat beraya, kesemua ahli jawatankuasa program yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang baik kaum Cina, Melayu, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak mengenakan busana samfu dan cheongsam berwarna merah bagi memeriahkan lagi sambutan.

Malah sambutan secara sederhana ini turut diisi dengan pameran kebudayaan cina, pertandingan video pendek, pertandingan membuat tanglung, cara penggunaan chopstick, penulisan kaligrafi dan menariknya, para mahasiswa di kolej berpeluang menulis nama dalam karakter cina atau dikenali sebagai kanji.

Muhammad Hafiz turut mengagihkan limau mandarin kepada para mahasiswa di sekitar kofe

Bukan itu saja, para AJK turut membuat agihan buah limau mandarin kepada semua mahasiswa dan pengunjung yang berada di kafe Kolej Ungku Omar. Secara tidak langsung, semua warga UPSI yang hadir semasa program dapat menikmati keindahan perayaan Tahun Baru Cina, khususnya mereka yang baru pertama kali menyambutnya di kampus.

Turut hadir, Penolong Pegawai Tadbir Kolej Ungku Omar, Muhammad Hafiz Abdul Manap berkata pelaksanaan program Countdown to CNY ini sekaligus menyemarakkan lagi persilangan budaya antara kaum bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekaligus dapat mendekatkan jurang antara kaum demi melahirkan masyarakat Malaysia yang Madani.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my