Oleh: Nurul Ainie Abdullah (UMEDIA PPA)

Ipoh, 1 Mac: Pusat Pembangunan Akademik (PPA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Bengkel Semakan dan Penjajaran Semula Petunjuk Ukur Prestasi (KPI) Tahun 2023
di Hotel Travelodge, Jalan Raja Dihilir, Ipoh, Perak bagi menambaik hala tuju pusat tanggungjawab bahagian tersebut.

Menurut Pengarah PPA, Profesor Madya Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim, bengkel ini dianjurkan bertujuan agar seluruh warga staf PPA daripada pelbagai unit dapat membuat pelarasan dan penjajaran semula Pelan Strategik dan KPI PPA Tahun 2023 terhadap perubahan-perubahan kepada dasar terkini sama ada di peringkat Universiti atau Kerajaan.

“Sepanjang bengkel, turut dibincangkan perkara-perkara yang perlu diselaras menerusi Aspirasi Naib Canselor, UPSI 2023 yang berlangsung baru-baru ini,”

“Fokus utama bengkel ialah Pelan Pendigitalan Pendidikan, Akreditasi Antarabangsa, Kurikulum Berteraskan Realiti Kehidupan, Kualiti GURU dan Anugerah Akademia BITARA (AKIRA) yang menjadi salah satu tunjang penting bagi menyokong aspirasi pucuk pimpinan universiti,” jelas beliau semasa ucapan aluan pada 17 Februari lalu.

Bengkel yang diadakan sekitar 17 hingga 19 Februari lepas dan turut disertai seramai lima belas kakitangan PPA yang terdiri dari kakitangan Pengurusan dan Profesional serta kakitangan pentadbiran.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI