Oleh : Zulkapli Mohd Junid (PEGAWAI UMEDIA FSSK)
Tanjung Malim 27 Februari 2023 – Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Majlis Sambutan 18 tahun Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan di Blok 6, FSSK, UPSI.
Majlis ini telah dihadiri oleh Pengurusan Fakulti, Mantan Kakitangan Pengurusan dan seluruh warga Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.
Ucapan aluan majlis ini telah disampaikan oleh Dekan Fakulti, Dr. Jaffry Zakaria.

Dalam ucapan beliau menerangkan, tujuan diadakan majlis ni adalah untuk mengenang kembali sejarah penubuhan fakulti dan jasa bakti mantan pengurusan yang terdahulu.
“Adalah menjadi tanggungjawab fakulti untuk mengadakan majlis sambutan ini dengan gerak kerja yang telah diatur dan komitmen yang tidak berbelah bagi oleh setiap kakitangan yang menjayakan majlis ini” ujar Jaffry Zakaria.
Majlis sambutan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Prof Madya Dr Mohd Izwan Shahril.


Beliau juga seorang alumni pelajar fakulti dan mengambil ingatan tentang pesanan dekan terdahulu, Profesor Dr. Julismah Jani iaitu ambil tugasan dahulu dan jangan menolak, baru tahu hasilnya.
Beliau menambah pihak UPSI telah melantik wakil media daripada kalangan kakitangan fakulti yang akan membuat liputan setiap aktiviti yang dianjurkan.
“Ingat siapa kita yang ada sekarang jika tiada yang terdahulu “ujarnya sewaktu ucapan perasmian pada Majlis Sambutan 18 Tahun Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan di sini.
Majlis diserikan lagi dengan perasmian “Soft Launch” Buku Sejarah FSSK yang disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Prof Madya Dr Mohd Izwan Shahril.
Turut hadir ke majlis sambutan ini ialah Timbalan Bendahari, Normadkhah Ardani, UPSI sebagai wakil JKPU, UPSI dan Mantan Dekan Fakulti, Prof. Dr. Julismah Jani.