Oleh: Hamizan Samsudin (Pegawai U-Media Bahagian Sumber Manusia UPSI)

Foto: Fisol Ahmad

Tanjong Malim, 22 Mac 2023: Bahagian Sumber Manusia (BSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 dan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mac di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Tujuan utama majlis ini dianjurkan bagi meraikan kakitangan UPSI yang telah mencapai prestasi yang cemerlang sepanjang tahun 2022.

Antara sebahagian daripada 160 orang kakitangan UPSI penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022

Seramai 160 orang kakitangan UPSI yang layak telah diraikan dalam majlis yang bertemakan “Arabian” yang penuh gemerlapan.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff di dalam ucapannya menerapkan budaya untuk berani kehadapan untuk menjadi terus cemerlang.

Menurut beliau dalam ucapannya, “Jangan risau ditertawakan, jangan risau kita diperkecilkan, jangan risau kita dipersoalkan dan jangan risau orang perlekehkan kita”.

“Tunjukkan kualiti yang ada, tunjukkan kecemerlangan yang ada dan tunjukkan kehebatan kita”, ujarnya lagi.

Selain itu, majlis turut memberi penghargaan kepada Dr. Mohamad Rohieszan Ramdan bagi kategori penerima Anugerah Insentif Khas PhD kerana berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah sebelum tamat tempoh tajaan.

Selain itu, buat julung kalinya juga, seramai 27 orang kakitangan UPSI turut diraikan bagi menerima Anugerah 25 Tahun Perkhidmatan di UPSI sejak dari penubuhannya. Menurut Pendaftar UPSI, Encik Helmi Zaifura Abdul Rahman,

“Anugerah 25 Tahun Perkhidmatan ini akan dijadikan sebagai agenda tahunan dan majlisnya akan dilaksanakan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang setiap tahun”.

Bahagian Sumber Manusia juga ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Pengurusan Pembangunan & Harta Benda, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi, Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan, Pusat Kebudayaan, Bahagian Keselamatan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. – ePena

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)