Oleh: Nor Hayati Aziz

Perasmian Sambutan Ulang Tahun yang ke-60 Penubuhan Phatna Wittaya Yala Thailand.

YALA, THAILAND – 11 Mac 2023, Sempena Sambutan Ulang Tahun yang ke-60 Penubuhan Sekolah Phatna Wittya, Yala Thailand, 3 orang pelajar Kelab sahabat Ulul Albab telah dijemput menjadi duta kecil Ulul Albab ke Sekolah Phatna Wittaya Yala, Thailand.

Sesi bergambar bersama Encik Rosdee Maengkaji, Pengarah Sekolah Phatna Wittaya Yala Thailand sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Lebih menarik program yang berlansung selama 3 hari telah menampilkan saudari  Maizatul Akma Khairul Anuar, Timbalan Setiausaha Kelab Sahabat Ulul Albab sebagai pengacara majlis sepanjang program berlangsung. Rosdee Maengkaji, Pengarah Phatna Wittaya Yala School, Thailand berkata, program yang dihadiri oleh 2000 alumni dan tetamu jemputan dapat membuktikan hubungan Thailand dan Malaysia dapat mengalakkan knowledger transfer dan mempelajar best practice dari dua negara. Beliau juga berharap kehadiran pelajar UPSI di majlis tersebut akan memberi motivasi dan menarik minat pelajar sekolah di Selatan Thailand untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Maizatul Akma Khairul Anuar sebagai pengacara majlis.

Dr Sakinah Salleh, Pengarah Pusat Ulul Albab UPSI dalam ucapanya berkata melalui program ini, pelajar telah diberi peluang untuk meluaskan pengalaman, pembelajaran, mempelajari budaya, nilai-nilai  murni dan mewujudkan jaringan di persada antarabangsa. – ePena.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)