Oleh: Nurul Aida Mohamed Adam & Dr. Nadratun Nafisah Abdul Wahab (EDGE)

Tanjong Malim, 24 Mei 2023 – Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (EDGE) UPSI dengan kerjasama syarikat telekomunikasi RedONE telah berjaya menganjurkan Sesi Perkongsian RedONE dan Sambutan Aidilfitri bermula jam 11:00 pagi hingga 1:00 petang yang bertempat di Dataran Bitarasiswa Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Program ini telah mendapat sambutan dengan kehadiran seramai 200 orang peserta dalam kalangan pelajar UPSI. Program ini diserikan lagi dengan simbolik penyerahan 10 unit kanopi daripada pihak RedONE yang disampaikan oleh Pengurus RedONE cawangan Ipoh, Encik Salehuddin kepada Pengarah EDGE, Dr. Sharul Effendy Janudin. Sumbangan ini bertujuan memberi kemudahan kepada pelajar untuk kegunaan program-program UPSIpreneur seperti Bazar Ramadan 2023 UPSI yang lepas.

Pasukan RedONE juga telah berkongsi tentang produk telekomunikasi dan menerangkan tentang skim pencen yang ditawarkan oleh RedONE serta mempromosikan pelan pascabayar khas untuk pelajar serendah RM40.00 sahaja setiap bulan di samping pelajar mendapat manfaat dengan berpeluang untuk menerima telefon bimbit percuma sekiranya memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan.

Dr. Sharul Effendy Janudin, Pengarah EDGE dalam ucapannya meluahkan rasa syukur dan berbesar hati dengan kerjasama baik yang diberikan oleh pihak RedONE selama kerjasama ini berlangsung iaitu dari tahun 2019 sehingga kini. Beliau turut berharap kerjasama ini dapat membuka peluang lebih ramai pelajar UPSI melibatkan diri dalam bidang keusahawanan khusunya perniagaan telcopreneur.

Bersempena kehangatan perayaan Aidilfitri yang masih terasa, pihak RedONE turut menyediakan pelbagai juadah menarik bagi semua pelajar yang terlibat di samping menyediakan cenderamata kepada pihak EDGE sebagai tanda terima kasih atas fasiliti yang diberikan untuk sepanjang program ini. – ePena

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)