Cyberjaya, 14 Jun, – Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT), UPSI telah melakukan lawatan rasmi ke pejabat dan fasiliti Todak Studios, Todak Digitech, dan Todak Academy pada 14 Jun 2023. Lawatan ini adalah merupakan satu inisiatif dalam membangunkan kolaborasi jaringan industri dan universiti.

Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FKMT, Prof Madya Dr. Ramlah Mailok. Manakala Todak Academy diwakili oleh En. Mohamad Taufik Rizal Aminuddin, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, En. Ahmad Fadli Ahmad Dahlan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Todak Studios Sdn. Bhd., dan En. Hafiz Ismail, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Todak Digitech Sdn. Bhd.

Rombongan mendengar taklimat ketika lawatan di Todak Academy.


Menerusi pertemuan tersebut, Dr. Nor Masharah Husain selaku ketua projek membentangkan latar belakang fakulti, kepakaran penyelidik, dan kursus yang ditawarkan di fakulti.

“Peluang kerjasama yang boleh dijalankan merangkumi geran penyelidikan, aktiviti penyelidikan bersama, jaringan latihan industri, program pemindahan ilmu, aktiviti semakan kurikulum, program pendedahan industri, projek perundingan, dan penajaan”.

Prof. Madya Dr. Ramlah Mailok, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FKMT (kiri) menerima plug sumbangan daripada Encik Hafiz Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Todak Digitech (kanan).
Dr. Mohd Hishamuddin bin Abdul Rahman, Ketua Jabatan Sains Komputer dan Teknologi Digital (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Encik Mohamad Taufik Rizal Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy (kanan).
Dr. Nor Masharah binti Husain, Ketua Projek (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Encik Muhammad Faris Abd Rahim, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Todak Studio (kanan)

Sementara itu, menurut En. Mohamad Taufik Rizal Aminuddin, wakil syarikat merakamkan jutaan terima kasih dan berbesar hati menerima kunjungan UPSI. Beliau menyuarakan kegembiraan dan keyakinan dalam kerjasama ini. Beliau menekankan bahawa kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, serta menghasilkan kesan positif yang besar terhadap pertumbuhan industri dan kemajuan negara.

“Kerjasama ini diharapkan akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, masyarakat, industri, dan negara secara keseluruhan. Dengan menyelaraskan kekuatan pendidikan dan industri, kami berharap dapat mencipta inovasi yang berkesan, menghasilkan graduan yang berkualiti, dan memberi sumbangan yang positif kepada pembangunan negara.”

Turut hadir bersama lawatan ini adalah lapan orang barisan penyelidik fakulti daripada bidang permainan digital, teknologi maklumat, multimedia dan robotik, Dr. Mohd Hishamuddin Abdul Rahman (Ketua Jabatan Sains Komputer dan Teknologi Digital), Dr. Nor Masharah Husain (ketua projek), Dr. Norshahila Ibrahim, Dr. Noor Anida Zaria Mohd Noor, Ts. Dr. Wong Yoke Seng, Prof Madya Dr. Amri Yusoff, Dr. Laili Farhana Md Ibharim, Dr. Erni Marlina Saari, dan Dr. Yusri Abdullah. – ePena

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)