Oleh: Ali Zainal Abidin Lokman (Pegawai U-Media Pusat Ko Kurikulum)
Tanjung Malim- AURORA buat julung kalinya menganjurkan Kursus Kayak Anugerah Bintang 1 baru-baru ini.

Kursus Kayak Anugerah Bintang 1 ini berlangsung selama tiga hari bermula dari 9 hingga 11 Jun di Titiwangsa Boat house, UPSI Adventure Park dihadiri seramai 30 pelajar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum, Prof Madya Dr Mazuki Mohd Yasim, penganjuran kursus Kayak Bintang 1 ini merupakan pengenalan terhadap aktiviti berkayak dan ilmu tambahan bagi pelajar yang majoriti bakal menjadi seorang pendidik kelak.

Selain itu, meningkatkan kemahiran dan keyakinan pelajar dalam mengendalikan aktiviti air serta menguji stamina dan pengetahuan tentang berkayak. Ujar beliau, semasa mengendalikan kursus semalam.

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Dr Yahya bin Osman berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak AURORA kerana sudi menganjurkan kursus Kayak Bintang 1 untuk pelajar IPG Kampus Ipoh.

Katanya lagi, IPG Kampus Ipoh sentiasa memberi sokongan penuh terhadap mana-mana kursus yang dianjurkan agar pelajar mendapat ilmu tambahan yang dapat digunakan apabila keluar menjadi seorang pendidik suatu hari nanti.

Menurut beliau, kursus ini juga merupakan pendedahan awal kepada pelajar untuk merancang aktiviti berkayak bagi memenuhi keperluan amali bagi subjek pendidikan luar. Ujarnya, ketika ditemui pada majlis penutup kursus. – ePena

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)