Oleh: Ali Zainal Abidin Lokman (Pegawai U-Media Pusat KoKurikulum)
Tanjung Malim- Outdoor Expo Malaysia (OXM) 2023 kembali menghangatkan lagi industri rekreasi luar.Expo yang menghimpunkan industri, penggiat dan pemain dalam industri rekreasi luar ini dijalankan di Kompleks Sukan Kelana Jaya, Selangor bermula 2 hingga 4 jun.

Sebagai penaja Aktiviti, Adventure Leadership & Outdoor Recreation Academy (AURORA) menganjurkan seminar AURORA Talk Series di Pentas Utama OXM2023 pada 3 hingga 4 jun.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, penganjuran seminar ini merupakan platform untuk memperkenalkan dan mempromosikan AURORA sebagai pusat rujukan negara berkaitan rekreasi dan pendidikan luar.

Selain itu, UPSI sebagai peneraju utama dalam memberi pendidikan berkaitan kemahiran dan keselamatan rekreasi luar yang sistematik kepada masyarakat awam, khususnya penggiat aktiviti rekreasi.

Pengarah Pusat Kokurikulum, Prof Madya Dr Mazuki Mohd Yasim, berkata, seminar ini juga mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam aktiviti rekreasi melalui seminar dan secara praktikal di reruai pameran kepada penggiat rekreasi dan para pengunjung secara menyeluruh .

Menurut beliau, Seminar ini juga dapat memberi peluang kepada penggiat rekreasi, penggiat industri serta masyarakat awam untuk bertukar pandangan dan pendapat, di samping menjalinkan kerjasama dengan pihak industri. Ujar beliau, ketika berucap di seminar pada hari terakhir seminar.

Katanya lagi, penglibatan pelbagai panel daripada pelbagai kepakaran dalam bidang rekreasi luar meliputi kerjaya, aktiviti air, mendaki, teknologi dan lain-lain dalam bidang rekreasi luar. Ujar beliau ketika ditemui di seminar. ePena

Turut diterbitkan di: Suara Merdeka

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)