Oleh: Ahmad Wafa bin Kamaruddin (RMPP Exco Akademik dan Kerjaya) 2022/2023
TANJUNG MALIM – Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (EDGE), UPSI dengan kerjasama Rakan Majlis Perwakilan Pelajar (RMPP) sidang 2022/2023 telah menganjurkan Program GE TALK Siri 1: Employability Roadmap: Navigating the Path to Graduate Success dengan jayanya melalui platform Cisco Webex dan FB Live EDGE pada 21 Jun 2023. Program ini dijangka dapat memberikan manfaat tentang kepentingan dalam merangka corak kerjaya kepada mahasiswa UPSI dan masyarakat umum.
Program yang dihadiri oleh 199 peserta ini menampilkan Encik Jonathan Cohen, bekas ketua pemerolehan dan pengambilan bakat Lazada yang telah memiliki pengalaman selama 15 tahun dalam industri pemerolehan bakat di Malaysia dan ASEAN.
Tujuan utama program ini adalah memberikan pendedahan yang jelas kepada mahasiswa, mahasiswi, dan para graduan yang tengah mencari pekerjaan atau yang ingin mempersiapkan diri menghadapi dunia perkerjaan. Menurut Jonathan, terdapat empat elemen utama yang penting bagi seorang graduan untuk memasuki dunia pekerjaan.
Menurut beliau, ”seorang graduan harus memiliki penguasaan dalam bidang atau karier yang diminati. serta perlu mengetahui arah tujuannya, termasuk jenis pekerjaan yang diinginkan, serta mendalami berbagai ilmu yang relevan sebagai persiapan dalam kemungkinan beralih ke sektor yang berbeza.” Selain itu, para graduan perlu mengenal diri dan memahami potensi yang dimiliki agar sesuai dengan kriteria yang diinginkan oleh bakal majikan yang mereka ingin memohon pekerjaan.


Selain daripada itu, belaiu juga menekankan tentang kepentingan penggunaan aplikasi LinkedIn bagi para graduan. LinkedIn dianggap sebagai platform yang memberikan banyak manfaat dan peluang pekerjaan. Program berakhir dengan sesi soal jawab dan kuiz dimana tiga pelajar iaitu saudari Fasihah binti Hamzah, saudari Nur Syafiqah binti Khairil Idzwan dan saudari Gwendolyne Oddy binti Alban Romeo yang berjaya menjawab soalan yang diberikan, telah mendapat baucar ‘Starbucks’ dengan jumlah keseluruhan bernilai RM100.