3 Ogos, Tanjong Malim – Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi (FKMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah melaksanakan Kem Bina Insan Bitara (BIB) Fasa 2 bermula pada 31 Julai sehingga 3 Ogos 2023 di UPSI Adventure Park. Kem ini telah disertai oleh 98 orang mahasiwa/i FKMT yang berada di Semester 2 Sesi 2022/2023 (A222).
Kem BIB ini dilaksanakan sebagai menyahut seruan YBhg. Naib Canselor UPSI untuk melahirkan mahasiwa/i UPSI yang berdaya saing, bitara dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
“Kem Bina Insan Bitara Fasa 2 telah dijalankan selama 4 hari 3 malam dengan jayanya. Penyertaan daripada seluruh peserta dan komitmen fasilitator adalah amat membanggakan. Di samping itu kerjasama dan bantuan yang erat juga dihulurkan oleh Pengurusan Tertinggi dan staf FKMT yang terlibat disepanjang pelaksanaan kem. Semoga Kem Bina Insan Bitara ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan memberikan pengalaman baru kepada semua peserta”, jelas Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FKMT, Ts. Dr. Nazre bin Abdul Rashid.
Ts. Dr. Nazre bin Abdul Rashid (lima dari kiri) menyampaikan hadiah kepada peserta Kem Bina Insan Bitara yang terlibat.
Menurut Saudara Amirul Shahrul Bin M. Arsad, mahasiswa Semester 2 ISMP Teknologi Maklumat, yang juga merupakan Penghulu bagi Kem Bina Insan Bitara ini, “Kem Bina Insan Bitara telah berjaya membentuk semangat kerja berpasukan yang jitu di kalangan para peserta. Ia juga berhasil meningkatkan semangat kepimpinan dalam diri saya. Aktiviti yang dijalankan di sepanjang kem ini sangat menarik dan mampu membentuk diri peserta menjadi mahasiswa yang holistik dan berketrampilan”.
Kem Bina Insan Bitara ini sewajarnya diteruskan pada masa hadapan kerana ia memberikan banyak manfaat dan input berguna kepada mahasiswa/i Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi khususnya dan UPSI amnya.
Link Video Kem Bina Insan Bitara Fasa 2 FKMT UPSI