Muallim, 12 Ogos – Fakulti Sains dan Matematik (FSM) telah menganjurkan Program FSM@Food TruckFun With Science and Mathematics di Dataran Food Truck, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Program ini telah melibatkan semua warga FSM dan turut dihadiri oleh warga UPSI serta masyarakat sekitar Daerah Muallim.

Menurut Dekan FSM, Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee bin Abdullah, beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini terutama kepada warga FSM selaku tuan rumah dan warga Muallim yang sudi hadir bagi memeriahkan program ini.

FSM merupakan fakulti seterusnya yang diamanahkan untuk menganjurkan program di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) terutamanya dalam memartabatkan dan memperkukuhkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada generasi akan datang.

Program FSM@Food Truck – Fun With Science and Mathematics ini dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti seperti pameran STEM, Games Zone (Kids) dan pelbagai jualan makanan dan minuman daripada penggerai dan food truck.

Pameran STEM yang diadakan adalah bagi mempupuk minat dan semangat cintakan bidang ini pada peringkat kanak-kanak, sekolah rendah dan menengah serta mahasiswa universiti. Ia telah dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa UPSI yang telah dilatih oleh Penyelaras Pusat STEM FSM iaitu Dr. Adibah binti Abu Bakar. Penganjuran program ini juga adalah merupakan hasrat Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor UPSI bagi mengeratkan hubungan dan menjalinkan ukhwah buat semua warga UPSI. Di samping itu, ia juga mekanisme perkongsian ilmu dan kepakaran akademia UPSI dengan warga Muallim yang berada di sekitarnya.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)