Tanjong Malim, 12 September- Majlis perasmian pembukaan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2023 telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Selasa malam.

Beliau berkata SIPMA merupakan medan persaingan sihat bagi pelajar untuk menyerlahkan bakat dan keterampilan dalam bidang sukan yang telah melahirkan atlet antarabangsa seperti jaguh pecut Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Aqil Yasmin, Welson Sim dan Tia’a Faang Der, atlet jaguh renang.

Fadhlina berkata, SIPMA juga selari dengan Dasar Sukan Negara yang menggariskan dua peranan utama IPT untuk menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti sukan secara aktif dan menyediakan ruang belajar kepada atlet.

Turut terlibat Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum), Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM), Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (Maskom) dan Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Masiswa).

SIPMA 2023 berlangsung dari 10 hingga 17 September ini melibatkan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MSIPGM) dan Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM).

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)