Oleh: Jeadrynickarland Junior Jomilus

Rumah Pena,Kuala Lumpur- TepakTellaz bersama Teater Gates serta beberapa rakan strategik termasuklah Kolej Awang Had Salleh dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya serta Kementerian Pendidikan Kebudayaan Riset dan Teknologi Indonesia telah berjaya merealisasikan Program Aspirasi Silang Budaya Indonesia-Malaysia 2023 yang telah berlangsung pada 10 hingga 19 September lalu di Rumah Pena,Kuala Lumpur. Program ini telah berhasil memberi impak yang maksima serta pengalaman baharu kepada mahasiswa/i UPSI yang terdiri daripada pelajar Diploma Teater, Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan, UPSI.

Antara pengisian program yang melibatkan peserta adalah Bengkel Keaktoran dan Proses Kreatif yang berlangsung pada 19 September di Rumah Pena, Kuala Lumpur. Peserta juga berpeluang untuk mempelajari latihan fizikal yang dilakukan sebelum menjalani proses latihan lakonan atau menyiapkan diri sebelum pementasan berlangsung.

Peserta program ini juga berpeluang menyaksikan sendiri Persembahan Teater ASTAPATI,yang berlangsung selama 2 hari pada 16 dan 17 September di Rumah Pena,Kuala Lumpur yang berkisahkan tentang seorang rakyat jelata yang diangkat menjadi orang kepercayaan Sultan Ageng Tirtayasa, Sultan Banten-Surosowan. Teater ini merupakan hasil karya DC Aryadi selaku penulis dan pengarah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada TepakTellaz serta Laboratorium Teater Gates Universitas Setia Budhi Rangkasbitung, Banten Indonesia atas kejayaan program Aspirasi Silang Budaya Indonesia-Malaysia 2023 ini. Pelbagai ilmu yang berimpak telah diperolehi oleh semua peserta yang menyertai program ini dan secara langsung mengeratkan lagi hubungan ukhuwah diantara Malaysia dan Indonesia melalui kepelbagaian dalam Kesenian dan Kebudayaan serta sosial.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)