UPSI: Program Rabu untuk Qalbu merupakan aktiviti yang dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan staf Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) dengan pelajar dengan melakukan aktiviti yang dapat menyihatkan badan. Antara pengisian program Rabu Qalbu FSK ini ialah aktiviti senam tari budaya yang dipimpin oleh Persatuan Pendidikan Moral, UPSI yang bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Malim Sarjana, KSAJS. Aktiviti senam tari budaya ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Objektif Program Rabu untuk Qalbu ini tidak lain selain dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan staf FSK UPSI, ia juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk memimpin senam tari.
Mereka memimpin senam tari budaya ini dengan diiringi 9 buah lagu sepanjang senam tersebut agar masa bersenam agak panjang dan dapat membakar semangat untuk bersenam. Majlis telah diakhiri dengan sesi bergambar.