Oleh: Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi, Nurul Najwa Mohamad & Nur Deenie Eliana

UPSI: Kolej Harun Aminurrashid  telah menganjurkan Program Temu Mesra Felo bersama Penghuni Blok Kediaman yang berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober 2023 bertempat di Dewan Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Program ini bertujuan untuk menyemai ikatan perkenalan di antara felo, ahli jawatankuasa blok dengan penghuni baru khususnya yang berkaitan dengan peraturan dan kebajikan mahasiswa.

Program Temu Mesra ini melibatkan kesemua felo blok kediaman iaitu Hazman Ya’akob (KHAR 1), Nurul Najwa Mohamad (KHAR 2), Norrulkamari Daud (KHAR 3), Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi (KHAR 4), Nazrin Yusri (KHAR 5) dan Dr. Muhammad Ridhwan Sarifin (KHAR 6) dan 2000 mahasiswa sepanjang tiga hari program ini berlangsung.

Antara potret penglibatan penghuni dalam program Temu Mesra Felo

Menurut Afiqah Ibrahim selaku Ketua Blok Kediaman 3 menyatakan program ini mampu memupuk ikatan persefahaman yang baik antara semua penghuni tanpa mengira agama, kaum dan warna kulit.

“Saya bersyukur program ini mampu diadakan disela kesibukan kelas di awal semester. Walau bagaimanapun, saya yakin program ini akan membuka mata mahasiswa untuk lebih mengenal felo dan faham tentang peraturan serta prosedur dalam mendapatkan hak kebajikan sebagai seorang penghuni kolej kediaman”, katanya.

Program diserikan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah dan persembahan pelajar Felo Kolej Kediaman 3, Puan Norrulkamari Daud menjelaskan bahawa ruang ini terbuka kepada semua mahasiswa untuk bertanya apa sahaja berkaitan kolej kediaman.

“Banyak soalan yang ditanyakan kepada kami pihak felo dan saya amat seronok kerana ini membuktikan bahawa mahasiswa semakin aware dan concern terhadap persekitaran mereka dan setidaknya mereka bakal menjadi penghuni yang aktif dan memberi manfaat kepada rakan sekolej”, katanya.

Penganjuran program seperti ini membuktikan bahawa keharmonian yang dipupuk bermula dari perkenalan dan talian ikatan yang dibina berdasarkan kasih sayang.

Hubungan yang baik diantara semua penghuni dapat meningkatkan lagi kemakmuran dan melahirkan mahasiswa yang berbudi pekerti serta berakhlak mulia disamping meraih kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.

Secara keseluruhannya, impak Program Temu Mesra Felo bersama Penghuni Blok dapat membantu mahasiswa dalam mengurus keselamatan dan kebajikan diri mereka sepanjang menetap di KHAR sekaligus dapat mengenal dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara penghuni tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Kebersamaan yang diterapkan di dalam sistem pentadbiran kolej KHAR mengetengahkan elemen kekeluargaan dan keharmonian dan toleransi dalam mencapai kehidupan mahasiswa yang sempurna.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)