Oleh: Muhammad Fawwaz Izzat Faizul Aizar & Dr. Nur Ainul Basyirah Alias

Tanjong Malim – Persatuan Pendidikan Islam UPSI (PPI) sidang 2023/2024 telah mengadakan program Liqa’ Mahabbah PPI pada tarikh 5 November yang bertempat di Dewan Kuliah Pusat 6 (DKP6) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program in melibatkan semua mahasiswa/wi Persatuan Pendidikan Islam terutamanya daripada semester satu dan telah dirasmikan oleh Dr. Nur Ainul Basyirah Alias yang merupakan penasihat Persatuan Pendidikan Islam UPSI.

Program Liqa Mahabbah PPI merupakan sebuah program perasmian Usrah Ithic dan Usrah Batch serta program orientasi PPI untuk pelajar semester satu. Tujuan utama program ini diperkenalkan adalah untuk mengeratkan lagi jalinan ukhuwah khususnya dalam kalangan para pelajar semester satu dan bagi membina jati diri serta kekuatan rohani dalam diri para mahasiswa khususnya bakal pendidik. Hal ini bagi mempersiapkan mereka dalam menghadapi masalah sosial yang berlaku pada masa kini.

Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan untuk menguji fokus mahasiswa dan menghidupkan suasana program supaya lebih menarik serta memberi input kepada mereka. Program ini dijadikan satu pendekatan kepada mahasiswa untuk sama-sama mempertingkatkan kualiti diri dengan perkongsian nilai-nilai murni dan akhlak mahmudah kepada semua. Oleh sebab itu, program sebegini tidak hanya berlegar dalam persatuan-persatuan kecil malahan boleh diterapkan dalam badan pelajar yang lebih besar.

Semoga inisiatif kecil ini mampu memberikan impak kepada kekuatan jati diri mahasiswa dan mahasiswi muslim UPSI pada masa akan datang.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)