Tanjong Malim: Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan UPSI mengorak langkah dengan mengadakan suatu jaringan dan jalinan inisiatif bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri hari ini. Inisiatif yang dibawa dalam jaringan dan jalinan ini adalah bertujuan untuk terus memperkasakan bidang Sanis Sukan dan juga Pendidikan Jasmani kepada guru-guru di Malaysia.
Sains Sukan merupakan salah satu elemen penting hari ini khususnya dalam peningkatan prestasi sukan bagi atlet dinegara ini. Kemampanan Sains Sukan akan membantu sukan di Malaysia berkembang maju. Jesteru itu, pemahaman sains sukan seharusnya bermula di peringkat bawah lagi khususnya diperingkat sekolah. Sains Sukan telahpun menjadi sebahagian daripada subjek elektif yang mana menjadi pilihan kepada para murid memilih untuk menjadikan subjek tersebut sebahagian daripada subjek skor bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurut Dekan Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan UPSI Dr Jaffry Zakaria, peningkatan matapelajaran Sains Sukan yang ditawarkan di sekolah-sekolah menengah di peringkat SPM merupakan salah satu faktor penting kepada betapa pentingnya Sains Sukan di sekolah. Selain itu, pemerkasaan matapelajaran Sains Sukan pula merupakan peranan dan tanggungjawab fakulti untuk terus menyumbang segala ilmu dan juga penyelidikan terkini kepada guru-guru disekolah agar ilmu yang diberikan kepada murid-murid merupakan ilmu yang betul dan terkini. Kesinambungan di antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia sebaiknya perlu seiring bersama-sama dalam memastikan subjek ini terus kekal relevan.
Antara lain, menurut Ketua Jabatan Sains Sukan Dr. Norhazira Abd Rahim, beliau melihat peranan yang dimainkan oleh fakulti adalah sangat penting dalam memastikan graduan-graduan Sains Sukan terus memperkasakan bidang Sains Sukan ini di sekolah-sekolah menengah khususnya. Kekuatan graduan Sains Sukan UPSI menjadi taruhan dan juga pilihan ramai sekolah-sekolah menengah di Malaysia ini. Inisiatif yang telahpun dimulakan oleh Penyelaras Sains Sukan Fakulti iaitu Dr. Omar Firdaus ini merupakan titik mula kepada inisiatif dalam memperkasa dan memartabatkan bidang Sains Sukan di sekolah-sekolah melalui perantaraan Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Pejabat Pendidikan Daerah. Bagi permulaan inisiatif tersebut, dua buah Jabatan Pendidikan Negeri bersedia bekerjasama dalam memulakan inisiatif tersebut iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Sambutan baik yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang yang baik selain kepada pihak sekolah dan juga guru-guru Sains Sukan, ianya juga memberikan impak baik kepada barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Sains Sukan UPSI ini sendiri memberikan khidmat perkongsian kepakaran mereka berdasarkan bidang-bidang tujahan Sains Sukan itu sendiri.
Inisiatif yang akan diketengahkan bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri adalah seperti, Simposium Amalan Pengurusan Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani dalam kalangan guru-guru Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani di Negeri Perak dan Selangor. Inisiatif ini merupakan inisiatif perkongsian amalan terbaik dalam kalangan guru-guru hebat di dua buah negeri tersebut akan diketengahkan kepada seluruh guru Sains Sukan di Malaysia. Seterusnya adalah, inisiatif Sekolah Angkat di dua buah negeri tersebut. Pemilihan sekolah angkat ini adalah berdasarkan sekolah-sekolah yang telahpun menerima peruntukkan Makmal Pembelajaran Sains Sukan di sekolah. Melalui inisiatif ini,pensyarah pakar bidang khususnya dalam bidang “Strength and Conditioning” akan memberikan perkongsian kepakaran mereka dalam bidang tersebut.
Antara lain, bidang-bidang tujahan dalam matapelajaran Sains Sukan itu sendiri sedia dikongsikan kepada guru-guru Sains Sukan khususnya didalam penemuan-penemuan baharu melalui penyelidikan-penyelidikan terkini yang dilaksanakan oleh ahli akademik. Menjadi tanggungjawab serta peranan ahli academia untuk berkongsi segala hasil penyelidikan mereka dalam bidang ini bagi memperekasakan bidang tersebut.
Menjadi sebahagian daripada keutamanaan Fakulti Sains Sukan UPSI untuk terus bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha membantu memperkembangkan subjek Sains Sukan di Malaysia.