Oleh: Nurul Adila Hasan Albakri

Tanjong Malim: Fakulti Sains Kemanusian (FSK) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Graduan (MAG) bagi meraikan kejayaan graduan pada 22 November yang diketuai oleh Persatuan Tahfiz Qiraat (PTQ) serta dibantu oleh persatuan-persatuan lain yang bernaung di bawah FSK iaitu Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS), Persatuan Geografi (PERGEO), Persatuan Pendidikan Moral (PERMO), Persatuan Pendidikan Islam (PPI) dan Persatuan Pengajian Malaysia (PPMAS).

Majlis ini merupakan satu inisiatif FSK dan Pusat Alumni untuk meraikan kejayaan graduan FSK yang telah berjaya menghabiskan empat tahun pembelajaran dengan jayanya. Program ini semestinya akan memberi penghargaan kepada graduan oleh pihak universiti. Majlis ini merupakan majlis wajib setiap kali musim graduasi dan program terakhir bagi semua alumni FSK bersama-sama berkumpul dalam majlis ini. Majlis ini juga memperkukuhkan jaringan alumni selain mempromosikan peluang untuk melanjutkan pengajian pasca siswazah.

Dekan Fakulti Sains Kemanusian, Profesor Madya TS. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa berkata dalam ucapan beliau, “Tujuan majlis ini dianjurkan oleh pihak FSK adalah bagi meraikan kejayaan para graduan FSK yang telah berusaha bagi menamatkan tempoh pengajian selama empat tahun di UPSI. Diharapkan semoga hubungan antara para graduan dan para pensyarah tidak akan terputus dan saling terus saling berkomunikasi agar dapat saling bertukar idea serta pandangan mengenai isu pendidikan semasa”.

Pada majlis ini juga, Dr. Nor Kalsum telah menyampaikan Anugerah Hadiah Buku Fakulti kepada Balqis Khalisah Ahmad Fath pelajar ISM Tahfiz Al-Quran dan Qiraat dengan Pendidikan atas kejayaan beliau. Kejayaan beliau ini sememangnya menyunting semangat kepada para pelajar FSK yang lain untuk turut berusaha bagi menggapai kejayaan seperti beliau.

Majlis ini juga menyediakan platform kepada para pelajar untuk menyerlahkan bakat mereka di hadapan khalayak ramai. Antara persembahan yang dipersembahkan ialah daripada wakil PTQ iaitu Taranum yang disampaikan oleh saudari Ratu Dangsari Basri. Beliau telah berjaya mendapat tempat kelima bagi kategori tilawah perempuan dalam pertandingan tilawah peringkat institusi baru-baru ini.

Selain, itu terdapat juga nyanyian nasyid daripada wakil PPI yang didendangkan oleh Muhammad Mukhriz Abdul Shukor dan Muaaz Saizul Sofian serta persembahan seruling yang dimainkan daripada wakil PERGEO iaitu Mohd Syahril Lamappa.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)