Oleh: Mohamad Amirul Aizad

UPSI: Kolej Harun Aminurrashid melalui Exco Media, Publisiti dan Perhubungan Awam Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) telah menganjurkan program Be a Content Developer: Digital Marketing yang berlangsung pada 23 Disember bertempat di Dewan Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Program ini bertujuan untuk mem perkenalkan teknik penerbitan pemasaran digital yang mempunyai kandungan berkesan dan menarik perhatian pengguna media sosial khususnya. Program yang dilaksanakan ini juga berfokuskan kepada meningkatkan kemahiran kreativiti mahasiswa untuk menghasilkan video dan poster pema saran produk yang berimpak tinggi.

Program yang telah berlangsung dengan jayanya ini disempurnakan oleh panel jemputan, pensyarah daripada Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Khairol Ezedy Abdul Rahman dan disertai oleh pelajar UPSI mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak.

Program yang dijalankan ini mampu untuk memberikan ilmu pengetahuan tentang dunia pendigitalan
seiring dengan kemajuan teknologi dan menepati konsep masyarakat Madani. Melalui program ini yang menfokuskan platform Canva dan Adobe Photoshop untuk tujuan penghasilan poster dan gambar berkualiti ini dapat memberikan ilmu kritis mengenai Digital Marketing.

Program diteruskan lagi dengan ucapan daripada penasihat program, Dr Muhammad Ridhwan Sarifin. Beliau menjelaskan bahawa program yang dijalankan ini mampu untuk membuka peluang dan ruang kepada generasi muda yang bakal menerajui pembangunan negara suatu hari nanti.

“Saya yakin dengan ilmu yang telah diperolehi pada hari ini pasti menjadi satu ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan pada masa hadapan terutamanya dalam bidang pekerjaan. Maka, dengan adanya program ini diharapkan agar semua mahasiswa dan mahasiswi aktif dalam menceburi bidang pemasaran digital seiring dengan kemahuan tambah nilai diri,” katanya.

Dr. Hj. Che Anuar Che Abdullah, Pengetua Kolej Harun Aminurrashid menzahirkan rasa bangga beliau kerana program yang dijalankan ini berjalan dengan lancar. Program seperti ini akan membuka ruang dan peluang kepada peserta untuk membangunkan potensi dalam diri setiap pelajar.

“Program yang dijalankan pada hari ini tidak hanya sekadar sebuah inisiatif, tetapi ianya juga merupakan komitmen kita untuk memastikan bahawa anda semua sebagai bakal pendidik dan peneraju masa hadapan sentiasa memenuhi keperluan masa kini.”

Program diserikan lagi dengan acara penyampaian sijil penghargaan kepada panel jemputan, Khairol Ezedy dan pihak kolaborasi program Be a Content Developer: Digital Marketing yang terdiri daripada Persatuan Teknologi Maklumat (PTM) dan Persatuan Kejuruteraan Perisian (PKP).

Penganjuran program seperti ini mampu melahirkan mahasiswa yang bijak menggunakan media sosial sebagai platform untuk memperluaskan lagi pemasaran digital bagi mempromosikan suatu produk secara efektif.

Melalui program ini, para peserta mampu mengasah bakat untuk menghasilkan pemasaran peserta mampu mengasah bakat untuk menghasilkan pemasaran melalui video secara berkesan. melalui video secara berkesan.

Secara keseluruhannya, program ini telah membuktikan bahawa kemahiran digital ini penting untuk dimiliki oleh setiap orang lebih lebih lagi para graduan yang bakal menempuhi alam pekerjaan pada masa hadapan. Dengan proses pembelajaran yang sentiasa berterusan, sudah tentu hasilnya memberikan manfaat dan kelebihan kepada kebolehpasaran yang lebih baik.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)