Oleh: Nur Amirah Hana Azizi (EDGE)

Batu Kawan: Program Keusahawanan Peringkat Nasional 2023, University To Community (UTC) 2.0 bertempat di The Ship Campus, Batu Kawan Pulau Pinang telah berlangsung pada 14 Disember sehingga 16 Disember. Program telah dihadiri seramai 130 orang peserta.

Ketika perasmian oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian pada 27 September yang lalu program ini juga menzahirkan komitmen tinggi di mana melibatkan 19 universiti, politeknik dan kolej komuniti untuk bekerja secara berkumpulan  bagi merealisasikan hasrat KPT menjadikan keusahawanan sosial sebagai tujahan (niche) baharu pembangunan keusahawanan di institut pendidikan tinggi. Projek University to Community (UTC) 2.0 ini merupakan satu program keusahawanan yang akan digerakkan dengan menggunakan model keusahawanan sosial.

Para juri semasa Final Pitching
Sebahagian pelajar dan mentor di Compass Room

Pengisian University to Community (UTC) 2.0 kali ini melibatkan sesi pembentangan di mana para pelajar dikehendaki menjelaskan perniagaan mereka berdasarkan beberapa garis panduan seperti penglibatan penerima manfaat, kebolehlaksanaan projek & ketepatan model keusahawanan sosial. Antara juri yang terlibat dalam sesi pembentangan ini ialah Prof. Madya Dr Jauriyah Shamsuddin dari Universiti Utara Malaysia, Nor Shamila Abdul Karim, Kolej Komuniti Bagan Serai, Mohamad Ali Hamzah, Politeknik Seberang Perai, Muhamad Badrul Shah Abdul Razak dan Etty Widayu Samsungei dari PKT Logistics Group Sdn Bhd.

Antara kumpulan yang terpilih menerima Seed Fund daripada PKT Logistics Group Sdn Bhd

Di samping itu, PKT Logistics Group Sdn Bhd juga telah memberikan dana sebanyak RM2,000 kepada 10 kumpulan yang terbaik dalam sesi pembentangan di mana kumpulan-kumpulan yang terpilih ini dinilai berdasarkan penglibatan ketepatan model keusahawanan dan juga penglibatan penerima manfaat. Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan juga berkata “semoga matlamat program ini untuk menubuhkan 21 syarikat usahawan sosial dengan penglibatan mahasiswa dapat direalisasikan.”

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)