Oleh: Nurul Aida Mohamed Adam

Tanjong Malim: Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan telah mengadakan Program Career Talk with InvestED pada 2 November bertempat di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Turut sama terlibat dalam gerak kerja program ini adalah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Persatuan akaun (UPSIAS) dan sukarelawan EDGE sendiri iaitu EDGERS.

Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan dan memberi maklumat dan pendedahan kepada bakal graduan berkaitan kerjaya pasaran modal pada masa kini. Panel penceramah yang dijemput oleh suruhanjaya sekuriti merupakan ikon yang berjaya dalam bidang mereka seperti Salmah Bee Mohd Mydin, Azura Azman dan ramai lagi.

Hasil dari perkongsian yang disampaikan oleh penceramah iaitu Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin yang merupakan mantan timbalan ketua eksekutif suruhanjaya sekuriti menyatakan sebagai pelajar harus bersikap inovatif dan kreatif dan kritis untuk berhadapan dengan dunia pekerjaan pada masa akan datang. Tambah beliau lagi, selama berkhidmat pelbagai dugaan dan pengalaman pahit dan manis yang dilalui menjadikan beliau lebih kuat dan berjaya dalam bidangnya.

Timbalan Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Md Amin Md Taff turut sama hadir memeriahkan program ini. Kehadiran Naib Canselor hadir ke program ini membuatkan pihak penganjur berbesar hati. Diharapkan program seperti ini akan diadakan pada masa akan datang dan pelajar yang hadir dapat memperolehi maklumat dan input yang baru untuk merancang kerjaya mereka pada masa hadapan.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)