Oleh: Afiqah Danian
3 Januari 2024 – Hari penamaan calon bagi Majlis Perwakilan Pelajar kini kembali lagi dan merupakan antara peristiwa yang amat dinanti-nantikan oleh mahasiswa UPSI. Seramai lapan orang wakil calon umum, 25 orang wakil fakulti dan 7 orang wakil etnik telah diumumkan. Hari pencalonan ini juga telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan 50 orang sukarelawan atau badan yang lebih dikenali dengan Campus Election Organization.
Perasmian Hari Penamaan Calon ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin, Timbalan Naib Canselor UPSI. Dalam ucapan beliau, beliau menyampaikan amanat agar calon-calon sidang 2023/2024 ini bukan sahaja menjadi pemimpin di UPSI namun mampu berkembang sehingga ke arah pemimpin Malaysia kelak. Biarlah nama UPSI harum di kalangan rakyat Malaysia dan mampu membuktikan bahawa UPSI mampu memanifestasikan insan yang berkualiti. Dalam amanat beliau juga sempat berpesan kepada calon agar mereka berkempen dengan mengamalkan persaingan sihat dan bersih tanpa menyentuh isu hanya 3R bagi melahirkan tampuk kepimpinan yang berkualiti.
Hari penamaan ini dinantikan oleh kesemua mahasiswa UPSI kerana mereka akan meperoleh gambaran awal untuk hari calon berkempen bermula 5 Januari hingga 10 Januari 2024. Hari penamaan calon ini juga menjadi salah satu peristiwa penting kerana ia merupakan proses demokratik yang dipraktikkan kepada pelajar di universiti.