Tanjong Malim – Sejajar dengan landskap aktiviti kesukarelawan yang menjadi signifikan kepada generasi muda pada hari ini, mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak ketinggalan dalam menyumbang bakti kepada masyarakat.

Gerakan sukarelawan di bawah anjuran Pusat Kaunseling UPSI dan Kelab UPSI Preloved Shoppe telah menjalankan Projek Kesukarelawanan Komuniti Siri 1 – Shining and Brighting pada 21 Januari lalu. Program yang berbentuk gotong-royong ini dilaksanakan di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Kampus Sultan Azlan Shah dan mendapat sambutan daripada 25 orang mahasiswa yang terdiri daripada ahli kelab UPSI Preloved Shoppe.

Najidah Yahya, perasmi program selaku penasihat kelab UPSI Preloved Shoppe menyatakan rasa bangga beliau akan semangat dan sifat bekerjasama yang tinggi dalam kalangan mahasiswa UPSI yang terlibat secara langsung sepanjang proses membersihkan 20 tandas dan 2 surau di fakulti tersebut.

Melalui penganjuran aktiviti seperti ini, mahasiswa dapat dilatih untuk lebih bersedia merancang, mengurus dan memberi manfaat serta sumbangan kepada pihak universiti. Aktiviti kesukarelawanan seperti ini seharusnya menjadi satu platform kepada mahasiswa untuk terlibat secara aktif bagi memperoleh pengalaman serta mengajar erti tanggungjawab terhadap diri dan komuniti dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Secara langsung, aktiviti gotong-royong mampu mewujudkan persekitaran luar dan dalam kampus yang bersih, ceria di samping melakar imej yang baik kepada mahasiswa, mahupun pihak luar.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)