Oleh: Nurul Ainie Abdullah
Tanjong Malim: Program TLAS merupakan satu program latihan berstruktur bagi memperkasa kaedah penyampaian pembelajaran dan pengajaran (PdP), kurikulum, pentaksiran dan penyeliaan latihan mengajar di UPSI.
Melalui pendekatan program latihan berstruktur ini, pelbagai latihan yang memenuhi kehendak Education 4.0 secara khususnya dan Industrial Revolution 4.0 secara umumnya diperkenalkan kepada semua kakitangan akademik di UPSI. Latihan ini adalah perlu untuk meletakkan UPSI sebagai Peneraju Kebitaraan Pendidikan dan semua kakitangan akademiknya diberikan pendedahan dan melaksanakan pendekatan PdP, kurikulum, pentaksiran dan penyeliaan praktikum yang terkini.
Struktur latihan TLAS terdiri daripada empat komponen yang berikut Educational Technologies, Pedagogy and Instructional Techniques, Assessment dan juga Supervision. Kakitangan akademik WAJIB menghadiri kesemua komponen Latihan TLAS (10 kursus) sepanjang program TLAS dilaksanakan di UPSI. Dalam masa yang sama, kakitangan akademik juga wajib menghadiri empat sesi perkongsian ilmu bersama pakar bagi setiap komponen latihan TLAS.
Sesi perkongsian bersama pakar akan dilaksanakan selama dua jam yang merangkumi sesi pembentangan, perbincangan dan soal jawab. Tajuk perkongsian adalah tertakluk kepada pakar dengan pengisian yang masih sama seperti polisi
Perkongsian Bersama Pakar Teaching, Learning, Assessment and Supervision (TLAS) telah dilaksanakan secara dalam talian dan juga secara bersemuka. Sebanyak sembilan sesi perkongsian telah dilaksanakan oleh Pusat Pembangunan Akademik sepanjang tahun 2023 melibatkan pensyarah dari dalam dan juga luar negara. Sesi perkongsian ini telah memberi nilai tambah kepada kakitangan akademik UPSI.