Oleh: Shaarmila Asokan
Kuala Lumpur – Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar, UPSI sidang 23/24 telah menganjurkan program ScA-XPDC bertempat di Kuala Lumpur pada 20 Januari yang lalu. Program yang melibatkan mahasiswa daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Indonesia bertujuan untuk menyemarakkan hubungan di antara kedua-dua negara nusantara ini melalui pertukaran budaya dan ilmu di antara satu sama lain.
Kuala Lumpur sebagai pusat kehidupan kosmopolitan Malaysia, pelajar Indonesia dapat merasakan keramahan Malaysia sambil meresapi keindahan perpaduan budaya yang tergambar di setiap sudut kota. Pelbagai lokasi telah dikunjungi sepanjang program ini berlangsung antaranya Chocolate Viral, Pusat Sains Negara, Pasar Seni, dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang menawarkan pengalaman yang menyeronokkan serta memperkaya ilmu pengetahuan dengan cara yang menghibur dan bermakna.
“Pelaksanaan dalam merancang untuk membawa saudara di negara jiran kita di Kuala Lumpur merupakan suatu persilangan dalam sektor pembangunan pasca moden yang harus dikongsikan. Pengalaman sebegini, apabila kita berada ditempat mereka sudah semestinya ibu kota negara Malaysia menjadi tumpuan dan keinginan utama mereka. Hatta, hari ini merupakan perhentian terakhir mereka sebelum pulang ke negara tercinta mereka,” kata Nurul Nazihah Mohd Rizal selaku Pengarah Program ScA-XPDC.
Pertukaran budaya di Kuala Lumpur menciptakan platform untuk menyemarakkan pertemanan lintas negara. Mahasiswa Indonesia dan Malaysia saling berkongsi cerita, tradisi, dan pengalaman mereka dalam mengukuhkan ikatan persahabatan yang terjalin sepanjang masa.
Ibu kota Malaysia misi menjadi saksi pertemuan budaya yang membangun keberagaman dan memperkaya pemahaman satu sama lain. Melalui kunjungan ini, mahasiswa/i tidak hanya membawa pulang kenangan indah, tetapi juga memperdalam rasa persaudaraan antara dua negara tetangga yang begitu dekat dan semakin erat.