Sesi fotografi alumni Anak Kandung Suluh Budiman Era MPSI 1984/1986 di hadapan Bangunan Suluh Budiman

Oleh: Hafiz Makhyudin

UPSI, Tanjong Malim – Telusur Nostalgia 40 Tahun berlangsung selama dua hari bermula 21 hingga 22 Februari lalu telah berjaya mengumpul lebih 80 Alumni Anak Kandung Suluh Budiman dari era MPSI 1984/1986. Selain menghubungkan semula silaturahim, program ini juga dapat membina sebuah penghargaan kepada Ibu Kandung yang telah banyak berjasa kepada mereka dalam memulakan dan mengharungi karier sebagai guru. Program ini juga turut dapat membantu Pusat Alumni dalam mengumpul data terkini setiap alumni AKSB yang hadir.

Program dimulakan dengan Majlis Malam Mesra Nostalgia 2024 yang diadakan di Dewan Kolej Zaba, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), malam Rabu yang lalu. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Norkhalid Salimin turut bersama dalam program Telusur Nostalgia 40 Tahun.

Lawatan alumni disambut dengan kehadiran Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff yang telah meluangkan masa bertemu dengan para alumni yang hadir. Pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan alumni dan alma mater untuk memupuk semangat bangga dengan pencapaian kepada Ibu Kandung Suluh Budiman.

Alumni turut menyampaikan sumbangan kepada Tabung Alumni Care bagi sama-sama menyumbang kepada alma mater yang telah banyak berjasa. Semoga dengan program perjumpaan semula alumni AKSB era MPSI 1984/1986 ini dapat menyatukan kembali memori alumni setelah 40 tahun serta mengeratkan hubungan alumni AKSB era MPSI 1984/1986 bersama Pusat Alumni UPSI dan Ibu Kandung Suluh Budiman.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)