Oleh : Maziah Zee Abdullah
Gambar : Halimi Miswan dan Ehsan Nur Hidayah Md Yusuf
Tanjong Malim, 21 Feb – Peserta Kem Raihanatul Quran yang terdiri daripada 19 orang peserta dan dua orang pengiring melawat Muzium Pendidikan Nasional bagi menghayati sejarah pendidikan negara.
Menurut Penyelia Kem Raihanatul Quran, Nur Hidayah Md Yusuf, lawatan yang terdiri daripada anak-anak berusia dari lima hingga 12 tahun itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengetahuan sejarah pendidikan negara.
Pendedahan sebegini dapat memberi memberi kesan kepada anak-anak kita bahawa betapa pentingnya pendidikan kepada diri dan negara,” tambah beliau lagi.
Rombongan berkenaan dipandu oleh, YDP Persatuan Sahabat Muzium, Muhammad Nazri Mashud yang memandu peserta dalam setiap galeri di Muzium Pendidikan Nasional.
Di Muzium Pendidikan Nasional terdapat 23 galeri yang dikelaskan kepada tema mengikut tahun berpekembangan pendidikan negara.