UPSI, Tanjong Malim- Perjumpaan kali pertama selepas 35 tahun bergraduat Alumni Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) era IPSI 1986/1988 diadakan di Dewan Kolej Za’ba, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disambut baik oleh Pengarah Pusat Alumni UPSI, Dr. Siti Hartini Azmi yang berlangsung pada 24 hingga 25 Februari.

Program dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil

Program ini telah berjaya mengumpulkan lebih 28 orang alumni dari era IPSI 1986/1988 yang bertujuan untuk mengeratkan dan mengukuhkan lagi ikatan antara mereka dan juga hubungan alumni bersama alma mater. Selain dapat menghubungkan semula ikatan yang terpisah, alumni juga dapat membina jaringan antara alumni di seluruh negara, menghargai pengalaman yang ditimba sepanjang pengajian di IPSI dan memupuk semangat bangga dengan pencapaian sebagai alumni Ibu Kandung Suluh Budiman.

Matlamat utama Pusat Alumni UPSI dalam menjalankan program ini adalah untuk mengumpul data yang terkini setiap alumni AKSB serta memberi perkongsian tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan Pusat Alumni.

Sumbangan alumni Anak Kandung Suluh Budiman 1986/1988 kepada Tabung Alumni Care

Alumni turut menyampaikan sumbangan kepada Tabung Alumni Care bagi sama-sama membantu alma mater yang telah banyak berjasa. Semoga dengan program perjumpaan semula alumni AKSB era IPSI 1986/1988 ini dapat menyatukan kembali memori alumni setelah sekian lama serta mengeratkan hubungan alumni AKSB era IPSI 1986/1988 bersama Pusat Alumni UPSI dan Ibu Kandung Suluh Budiman.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)