Singapura, 27 Februari- Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan lawatan kerja ke Masjid Kampung Siglap, Singapura.

Pertemuan bersama pengurusan Masjid Sultan, Singapura

Delegasi UPSI yang diketuai oleh Dekan FSK, Profesor Madya Ts. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa disertai oleh Penasihat Undang-undang UPSI, Salwati Mohd Aris, Ketua Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA), Suhaila Sidek, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Islam, FSK Profesor Madya Dr. Husna Husain, Penyelaras Program, Profesor Madya Dr. Abd. Rahman Abd Ghani dan Penolong Pendaftar, FSK Muhd Aidil Khusairi Noor Azsli.

Lawatan kerja ini bagi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Darul Quran Singapura dengan UPSI dalam melaksanakan Program Pesisir Antarabangsa bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam).

Lawatan kerja ini juga diteruskan lagi dengan mengadakan perbincangan bersama Masjid Sultan, Singapura bagi menawarkan kursus-kursus jangka pendek di UPSI.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)