Oleh: Zaina Hafiza Mohd Zamri (RMIC)

Tanjong Malim- Pertandingan Inovasi MTE 2024 merupakan salah satu pertandingan inovasi yang bertaraf antarabangsa menjadi medium kepada para pencipta inovasi merebut peluang mengkomersialkan serta mempersembahkan ciptaan baharu yang akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Acara inovasi tahunan ini menghimpunkan inovator global, usahawan, penyelidik dan saintis, serta pakar dari pelbagai bidang dan industri untuk mempamerkan inovasi terkini mereka, berkongsi idea dan bekerjasama dengan industri untuk membangunkan teknologi dan penyelesaian yang lebih baik untuk membentuk masa depan kita.

Demi menyahut semangat inovasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menghantar sebanyak enam penyertaan dan menariknya dua daripada enam tersebut telah memperolehi anugerah khas iaitu produk Modul Pembelajaran ElectroniXLab dari Prof. Madya. Dr. Ridzwan Che Rus, FTV dan produk Kit Simulasi Pilihan Raya dari Dr. Noranizahhafizah Boyman, FSK.

Tiga emas yang telah dimiliki pula adalah produk Prof. Madya Dr. Ridzwan Che Rus Modul Pembelajaran ElectroniXLab FTV, Prof. Madya Dr. Siti Rahaimah Ali dengan produk yang bertajuk E-Lounia: Mobile Application of The Numeracy Understanding Model For Alternative School FPM dan Dr. Noranizahhafizah Boyman, Kit Simulasi Pilihan Raya FSK.

Dua perak yang diperolehi pula adalah hasil penyelidikan Dr. Norhanizan Usaizan iaitu 3T Kit (FTV) dan Dr. Muhamad Hariz Muhamad Adnan menghasilkan produk Synergatic: Online MOOC Platform for Collaborative Learning (FKMT) manakala anugerah gangsa dimiliki oleh Ts. Dr. Fazhana Ismail  dengan produk Dedak DaCornge dari FTV.

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) UPSI menerusi kenyataan hari ini merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga pencipta inovasi UPSI atas kecemerlangan tersebut.  Menerusi inisiatif tersebut bukan saja mampu meningkatkan peluang pengkomersialan produk inovasi dalam bentuk sesi pemadanan perniagaan antara RMIC UPSI dengan wakil luar, sebaliknya melalui penyertaan ekspo dan pertandingan bertaraf antarabangsa ini turut menyediakan platform kerjasama di antara penyelidik dan perunding UPSI dengan pihak industri dalam bentuk pemadanan perniagaan (businessmatching) bagi tujuan mengkomersialkan produk-produk UPSI serta mempromosi UPSI kepada pemegang taruh di dalam bidang pendidikan seperti Kementerian Pendidikan dan sekolah, sekaligus membantu meningkatkan mata penarafan MyRA UPSI melalui penyertaan ke pertandingan yang diiktiraf oleh MyRA.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)