Oleh: Saleha Sabran

25 FEBRUARI 2024, SHAH ALAM – Dalam usaha untuk memastikan amalan tadbir urus terbaik dalam pengurusan akademik terus diperkasa, Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berinisiatif mengadakan Bengkel Pemantapan Pengurusan Akademik bertempat di Hotel Best Western ICT Shah Alam.

Bengkel disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri dari semua Ketua-ketua unit dan beberapa staf sokongan dari BHEA, pegawai tadbir dan staf yang mengurus hal ehwal akademik prasiswazah di Fakulti dan Pusat Ko Kurikulum.

Sesi dibuka oleh Ketua Timbalan Pendaftar BHEA, Suhaila Sidek dengan ucapan aluan dan penghargaan atas kehadiran semua peserta. Beliau memohon kepada semua agar sama-sama bekerja sebagai satu pasukan dan mengukuhkan sinergi bagi memantapkan pengurusan akademik prasiswazah sekaligus memastikan pelajar dapat bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan.

BHEA UPSI menyakini bahawa dengan menyediakan platform yang sesuai, UPSI dapat membentuk kakitangan yang cakna dengan pengurusan akademik dan berkemahiran dalam menangani segala isu yang dihadapi oleh setiap pelajar.

Sementara itu, para peserta berpeluang mendengar Aspirasi Pendaftar yang berkongsi banyak info bermanfaat berkaitan governan UPSI seterusnya menyuntik semangat peserta untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dan terbilang.

Dalam slot yang sama, Pendaftar telah sudi menyampaikan sijil Apresiasi Pengurusan Akademik kepada semua Fakulti dan Pusat Ko atas khidmat yang terbaik dalam mengurus prasiswazah sepanjang tahun 2023.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)