Oleh: Ida Afifah Ammir Hamzah
TANJONG MALIM: Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC), Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama The Japan Foundation, Kuala Lumpur (JFKL) telah mengadakan 10th Nihongo Partners Immersion Program 2024 pada 12 hinga 15 Mac 2024 yang lalu bertempat di Scholar Suite, Perpustakaan Tuanku Bainun, FBK dan FTV UPSI.
Program ini diadakan bertujuan memberikan pencerahan mengenai bahasa Melayu, budaya dan gaya hidup di Malaysia kepada peserta Nihongo Partners yang akan menjadi pembantu guru di sekolah menengah terpilih selama 8 bulan. Antara modul yang diketengahkan ialah simulasi bilik darjah, ‘surviving skills’ dan cara menggunakan aplikasi seperti Grab Car dan Celcom Life untuk kegunaan seharian mereka sepanjang berada di Malaysia.
Program ini disertai oleh 10 orang Nihongo Partners (NP) daripada Jepun dan 10 orang buddies UPSI.
Majlis penutup dimeriahkan dengan persembahan oleh para NPs dan pelajar Buddies yang disampaikan dalam Bahasa Melayu. Antara persembahannya ialah deklamasi sajak, nyanyian, berbalas pantun dan persembahan dikir barat. Para NPs dan Buddies turut mengenakan busana pakaian tradisional Malaysia.
Majlis penutup turut disempurnakan dengan ucapan daripada Pengarah JFKL, Tuan Tsukamoto Norihisa. Kata-kata beliau “Tahniah kepada IMC kerana menjayakan program untuk batch ke-10” menunjukkan bahawa program silang budaya ini berjalan lancar sepanjang 3 hari berlangsung. Salah seorang peserta NP juga turut mengungkapkan “Saya berterima kasih atas baik hati tuan-tuan dan puan-puan”.