Aceh, 7 Mac 2024 – Ziarah Alumni Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) kali ini telah diadakan di Yayasan Bayyinah di Banda Aceh, Indonesia. Program ini bertujuan untuk membina jaringan bersama alumni AKSB serta mengeratkan hubungan alumni AKSB bersama Pusat Alumni UPSI. Yayasan Bayyinah adalah salah satu organisasi di bawah kepimpinan Bunda Yusra Mayawati bermula pada 17 November 2005. Beliau merupakan alumni UPSI dari Fakulti Pembangunan Manusia yang telah bergraduat pada tahun 2018.

Sesi perkongsian dari Bunda Yusra dan Bunda Nurlena bersama Pusat Alumni UPSI

Terdapat tiga pusat pengajian dibawah naungan Yayasan Bayyinah telah beroperasi antaranya ialah Tadika Bayyinah, Sekolah Bayyinah dan Sekolah Dasar Islam Terpadu Bayyinah Tahfizhul Qur’ani. Sekolah Dasar Islam Terpadu Bayyinah Tahfizhul Qur’ani ini telah diterajui oleh Bunda Nurlena yang juga merupakan alumni Anak Kandung Suluh Budiman era UPSI. Yayasan Bayyinah telah membekalkan peralatan alat bantu mengajar bagi pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak. Ia juga sebagai satu penjanaan bagi yayasan ini untuk terus berkembang.

 Antara objektif utama program ini ialah untuk menjalinkan perhubungan yang lebih dekat antara alumni AKSB bersama Pusat Alumni UPSI serta dapat merekod data terkini pencapaian alumni UPSI. Turut ditekankan juga perkongsian idea dan pandangan bagi meningkatkan kecemerlangan UPSI di peringkat antarabangsa.  

Pengarah Pusat Alumni UPSI, Dr. Siti Hartini Azmi turut berkongsi tentang manfaat dan kerjasama yang boleh dijalinkan bagi masa akan datang. Beliau juga menekankan nilai-nilai yang diterapkan oleh AKSB dalam pembentukan diri serta sejauh mana alumni dapat memberikan sumbangan yang positif kepada masyarakat.

Sesi pertukaran cenderamata dari Pusat Alumni UPSI dan Yayasan Bayyinah sebagai penutup sesi ziarah alumni AKSB di Yayasan Bayyinah kali ini. Semoga program ziarah alumni Anak Kandung Suluh Budiman ini dapat menjadi titik tolak untuk pertemuan dan kerjasama yang lebih banyak di masa depan.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)