Oleh: Fajrul Solehien
Tanjong Malim: Kumpulan atlet pecut dan paralimpik negara di bawah pimpinan Mohd Poad Md Kassim dan Hamberi Mahat menghadiri majlis iftar yang dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Naib Canselor UPSI Prof Dr Datuk Md Amin Md Taff, menyatakan bahawa majlis ini bertujuan menghargai jasa mereka yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa
“Kejayaan atlet menyatukan rakyat berbilang bangsa dan meningkatkan kesedaran dunia terhadap Malaysia.
Namun, perlu diingat bahawa pengorbanan mereka perlu dibalas dengan penghargaan dan sokongan yang berterusan” katanya.
Beliau yang juga merupakan bekas atlet kayak negara menyatakan bahawa kebajikan atlet dan jurulatih negara sering di abaikan apabila tidak lagi aktif menyumbang pingat.
“UPSI berazam untuk terus menyokong atlet dan memastikan masa depan mereka terjamin, disamping memperkasa pendidikan negara”.
Dengan semangat “Dari atlet, untuk atlet”, beliau mengharapkan bahawa majlis ini dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala demi kesejahteraan sukan dan pendidikan negara.