Kuala Lumpur, 24 Mac 2023- Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Program Kembara Cahaya Ramadan dengan kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan yang melibatkan seramai 80 orang gelandangan dan 120 asnaf fakir, miskin di sekitar Chow Kit.

Pengarah Program, Siti Hajar menyatakan bahawa sebanyak 100 kit makanan kering, 200 pek makanan berbuka dan bantuan pakaian telah disalurkan kepada golongan tersebut. Menurutnya, objektif program ini adalah untuk menghulurkan bantuan dan berkongsi rezeki kepada masyarakat gelandangan di sekitar Chow Kit serta membudayakan program kemasyarakatan dalam kalangan mahasiswa UPSI. Beliau berkata “Gelandangan juga perlu diberikan perhatian kerana mereka juga berusaha menjalankan ibadah berpuasa walaupun dalam serba kekurangan.”

Mahasiswa UPSI sedang membawa bekalan makanan untuk diedarkan

Siti Hajar, yang juga merupakan Exco Sukarelawan dan Pembangunan Sahsiah MPP UPSI menjelaskan bahawa impak daripada program ini ialah dapat menanamkan rasa empati dalam diri individu serta dapat memberikan sedikit keringanan terhadap beban hidup khususnya golongan gelandangan di sekitar Chow Kit.

Selepas berbuka puasa, golongan gelandangan, masyarakat sekitar, Pertubuhan Jejak Jalanan dan Mahasiwa UPSI telah solat secara berjemaah dan tarawih bersama-sama di tepi jalan.

Sesi penyerahan cenderamata kepada Pertubuhan Jejak Jalanan

MPP UPSI merakam ucapan terima kasih kepada rakan kolaborasi yang turut serta menjayakan usaha ini dan berharap agar aktiviti sebegini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap kerana ia merupakan satu langkah kearah memerangi isu kemiskinan dan kekurangan makanan golongan ini.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)