Aceh, 16 Mac 2024- Kaunselor memainkan peranan penting membimbing murid mengenal pasti peluang yang ada. Kaunselor perlu diberi pendedahan dan latihan supaya mereka mampu memberikan perkhidmatan kaunseling yang efektif apabila bertugas di sekolah. Ini bagi memastikan para kaunselor memahami keperluan murid dan hala tuju serta merangka kerjaya masa depan mereka.

Dr. Sakinah Salleh, Pengarah Pusat Ulul Albab, merangkap Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kemanusiaan telah dijemput oleh Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh bagi pengisian slot bagi Kuliah Tamu: Kemahiran Komunikasi dalam Kaunseling.

Peserta program terdiri dari empat orang pensyarah dan 40 orang mahasiswa Bimbingan Kaunseling. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Bimbingan Kuanseling, Fakulti Pendidikan, Universitas Islam Negeri Ar-Raniry.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai kemahiran komunikasi dalam kaunseling yang melibatkan proses kaunseling, teknik dan kemahiran kaunseling efektif. Selain itu, program ini dapat membantu mahasiswa meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka dalam memberikan perkhidmatan kauseling yang sistematik dan teratur.

Kaunselor di universiti juga berperanan untuk membantu pelajar menyeimbangkan tahap kesihatan mental dan keupayaan untuk belajar. Jenis perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan pula adalah pelbagai dan bersifat jangka pendek dan panjang seperti perkhidmatan perundingan, penilaian risiko dan rujukan, bengkel kesedaran, psikopendidikan, dan program sokongan rakan sebaya. Namun begitu, disebalik pelbagai kemudahan dan manfaat yang boleh diperolehi mahasiswa daripada perkhidmatan yang ditawarkan, perkhidmatan kaunseling masih dianggap kurang digunapakai. Mahasiswa didapati lebih cenderung menjadikan rakan-rakan sebagai tempat mendapatkan nasihat dan rujukan apabila berhadapan masalah.

Mahasiswa Universitas Islam Negeri Ar-Raniry juga didedahkan dengan manfaat kaunseling dari aspek ruang dan peluang mendapat bantuan dari seorang kaunselor yang boleh bersifat objektif dan tidak berat sebelah. Ini kerana kaunselor memang dilatih untuk bersifat neutral dan objektif dalam membimbing klien secara professional. “Bila orang macam kaunselor sendiri kita akan rasa beliau ada tahu sesuatu dan beliau boleh cadangkan pada kita jalan penyelesaian tanpa bias dalam persepsi.

Maklum balas dari pensyarah dan peserta sangat memuaskan. Menurut mereka, program Kuliah Tamu bersama pensyarah dari luar dapat memberikan banyak manfaat terutama dapat bertukar pengalaman dan idea-idea baru dalam pendekatan kaunseling di sekolah.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)