Oleh: Nurul Aida Mohamed Adam

TANJONG MALIM – Program Upskilling: Pemerkasaan Bakat melalui Linkedin dan Persediaan Menghadapi Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah berlangsung dengan sukses melalui platform Cisco Webex pada 27 March lalu.

Pengarah EDGE, Dr Sharul Effendy Janudin berkata program kali ini adalah untuk memberi pelajar dan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendapat manfaat dan kelebihan mempunyai akaun Linkedin di samping membuat persediaan awal untuk menghadapi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) kelak.

Program anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran graduan (EDGE) UPSI dengan kerjasama pelajar sukarelawan EDGERS. Ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan merancang perjalanan kerjaya pelajar. Program yang dihadiri oleh 700 peserta ini menampilkan dua panel hebat iaitu Pengarah Urusan Chirpy Media Sdn Bhd, Mohd Ibrahim Abu Bakar yang berpengalaman dan berkepakaran dalam menguruskan media sosial serta menyelia iklan dan pemasaran. Mohd Ibrahim juga membantu mempromosikan perkhidmatan dan personal branding di akaun Linkedin sehingga mendatangkan pendapatan melalui Linkedin ini untuk slot pertama. Panel kedua ialah Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan SPP Faraanida Mobin yang menerangkan dan menjawab segala persoalan pelajar berkaitan SPP untuk slot kedua. Kehadiran pelajar amatlah menggalakkan di mana program ini telah mengambil masa 5 jam untuk kedua-dua slot.

Program yang gilang gemilang ini berakhir dengan jayanya dan diharapkan kesemua peserta dalam mempelajari perkara baru dan mengemaskini akaun Linkedin mereka kerana ianya turut membantu dalam proses mencari pekerjaan dan pemasaran diri. Begitu juga diharapkan bahawa graduan perlu peka kepada Tarikh-tarikh permohonan dan temuduga SPP kepada graduan yang berminat untuk menjadi guru.